Saturday 31 May 2014

The Unexpected War : Part 5


 [ Bunyi tembakan tanpa henti di hadapan kawasan Pusat Latihan Askar ]

           "Luna, semakin lama semakin banyak makhluk itu datang ke tempat kita,ni... saya takut, Luna. Saya tak pernah terjangka pun pekara semua ini akan terjadi." Luna memeluk rakan baiknya itu. Tianna sudah menitiskan air matanya kerana tidak pernah jadi pekara yang sebegini.

          "Jangan takutlah,kawan. Kita kena kuat, macam awak cakap pada saya. Awak cakap saya ni tabah dan kuat, jadi awak kenalah tabah dan kuat macam saya. Betul kan? Mari kita pergi dekat Risa." Luna menarik tangan Tianna lalu pergi ke arah Risa yang sedang sibuk mengisikan peluru kedalam senapangnya.

           "Risa, nak dua pistol dan pelurunya..." Dengan selamba Luna meminta senjata kepada Risa. Risa membulatkan matanya lalu menggelengkan kepalanya.

          "Tak boleh. Senjata ni bahaya. Ingat senjata ni mainan ke? Lagipun kamu berdua belum pandai menembak dengan betul. Silap hari nanti ada orang cedera." Luna mencebikkan mulutnya kerana Risa tak percayakan kepada dirinya.

          "Alah Risa ni, dalam darurat macam ni kita kena lindungi diri. Takut-takut apa-apa terjadi macam mana? Bolehlah. Kami dah pandailah tembak-tembak ni. Kita dah expert kan, Ana?" Tianna mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Mariessa mengeluh lalu mengambil dua pistol dan pelurunya. Luna dan Tianna tersenyum suka.

         "Terima kasih Risa kerana percayakan kami. Sayang Risa!" Luna memeluk Risa, Risa membalas pelukkan Luna dengan erat sekali. Dia mempunyai amanah besar daripada Neiko untuk menjaga Luna dengan penuh kasih sayang.

        "Ana, awak pergi dengan Risa, ya? Saya mahu pergi dekat Nike,Tom dan Ben." Tianna mengangguk.



---------------------------------------------------------------------


           "Nike, siapa ni? Kenapa dia berdarah-darah? Dia kena gigit ke?" Luna melihat Nike mengendong seorang remaja perempuan yang berkelumuran darah. 

           "Tak tahulah. Aku jumpa dia dekat depan ni tadi. Darah sahaja banyak tapi satu gigitan pun tiada di bahagian badan atau kakinya." Luna memeriksa perempuan tersebut. Benar kata Nike tiada satu gigitan pun ada pada badan perempuan itu. Cuma luka-luka teruk, mungkin akibat terkena alatan tajam.

          "Sia...siapa awak? Tolong... jangan bunuh... saya..." Remaja perempuan tu tersedar dari pengsannya membuatkan Luna berasa terkejut.

          "Eh, eh... saya tak bunuh awak. Saya cuma nak tolong rawat luka-luka awak ni. Awak rehatlah. Luka-luka awak baru saja mahu kering. Nanti sakit... by the way, nama saya Luna Arrisa. Awak?" Luna cuba membuat menenangkan remaja perempuan tersebut.

          "Nama saya Elly...Ellysa Germany. Terima kasih kerana merawat saya. Saya luka teruk ni kerana saya terjatuh dalam gaung yang dalam. Saya lari daripada zombi-zombi yang mahu gigit saya." Remaja yang bernama Ellysa itu menangis teresak-esak. Luna memeluk Elly. 



--------------------------------------------------------------------------


            "Hai Elly, nama saya Tianna. Boleh saja panggil saya Ana." Pagi itu, Luna membawa Tianna berjumpa dengan kawan baharu mereka. Elly tersenyum comel. Walaupun mukanya berluka, dia tetap comel seperti Pororo. Hihihih...

            "Hai... awak berdua ni askar ke? Kenapa duduk di Pusat Latihan Askar ini?" Elly pelik kerana Luna dan Tianna seperti sudah biasa dengan senjata-senjata askar ini.

            "Dulu kami sekolah di Soldier International Washington School. Jadi, kami boleh melawat di Pusat Latihan Askar ini." Elly mengangguk faham.

            "Awak sudah berasa sihat, Elly? Kalau sudah, kami mahu membawa awak ke suatu tempat." Elly mengangguk sambil tersenyum. Luna merawatnya dengan begitu baik sekali sehinggakan badannya menjadi segar. Sebenarnya Luna mahir dalam bidang merawat kerana dia pelajari dari daddynya,Neiko.

           

--------------------------------------------------------------


              "Awak mahir dalam senjata yang mana, Elly?" Mereka masuk ke dalam bilik senjata itu kerana mahu memberi senjata kepada Elly supaya mereka dapat melawan makhluk-makhluk tersebut.

              "Saya tembak-menembak saya kurang mahirlah. Kalau ini, bolehlah sikit-sikit saya pandai." Elly mengambil alatan memanah. Luna dan Tianna mengangguk tanda setuju untuk Elly mengambil alat memanah itu.

             "Mari ke bilik kami. Mulai hari ni kita menjadi sahabat baik, boleh?" Luna, Tianna dan Elly tersenyum dan mereka menjadi sahabat baik!

The Unexpected War : Part 4



             "Daddy, maafkan Luna, daddy. Luna dah terlambat nak selamatkan bahan eksperimen tu daripada merebak. Maafkan Luna..." Terhinjut-hinjut bahu Luna menangis sambil memeluk erat bingkai gambar daddynya. Luna rasa bersalah kerana terlambat mahu menyelamatkan eksperimen tersebut.



TOK TOK TOK...


              "Luna... kenapa Luna menangis ni? Ada yang tak kena ke, Luna?" Mariessa duduk di sebelah Luna. 

              "Risa, Luna jahat! Luna tak tunaikan permintaan terakhir daddy! Luna memang kejam! Luna anak yang tak guna... Luna lambat selamatkan bahan-bahan eksperimen daddy yang tak jadi tu. Sekarang virus dah merebak seluruh dunia..." Mariessa terkejut mendengar apa yang Luna katakan sebentar tadi.

              "Hah! Virus tu daripada bahan Neiko?" Mariessa seperti tidak percaya.

              "Ya... tapi sebenarnya eksperimen itu sebenarnya hampir jadi tapi ada satu cecair termasuk ke dalam eksperimen  daddy tu... eksperimen tu jadi rosak." Luna mengesat air matanya yang berjuraian itu. Tiba-tiba Luna dan Mariessa terdengar bunyi tembakan di luar kawasan Pusat Latihan Askar.

              "Kenapa tu!?" Mariessa dan Luna berlari keluar dan melihat apa yang terjadi.



---------------------------------------------------------


              "Masuk masuk! Semua masuk dalam bangunan... nanti virus makhluk ni merebak! Masuk!" Kedengaran suara Nike dan Tom menjerit-jerit menyuruh semua askar masuk ke dalam bangunan untuk mengelak daripada virus bahaya itu.

             "Nike, Tom kenapa ni? Asal terjerit-jerit?" Mariessa sudah siap memegang senjatanya.

            "Ada 5 makhluk itu di luar, Risa. Kami takut virus makhluk tu merebak ke kita. Jadi, kita kena pakai "mask". Luna, nah "mask". Pakai..." Tom memberi topeng muka itu kepada Luna. Luna hanya mengangguk lalu memakainya.

           "Luna mari kita masuk ke dalam." Tianna menarik Luna masuk ke dalam bilik mereka.

           "Ana, saya rasa makhluk tu zombilah. Zombi yang macam dalam televisyen kita tengok tu... awak ingat tak? Itukan cerita kegemaran kita." Luna memeluk bantal kecilnya sambil memikir.

           "Saya baru nak cakap dengan awak. Saya pun rasa macam tu. Bukan zombi tu tak wujud ke? Tapi kenapa makhluk yang dekat depan tu sebiji macam zombi yang kita tengok dalam televisyen tu." Tianna sudah tergaru-garu kepala kerana memikirkan makhluk-makhluk tersebut.

           "Awak ingat tak macam mana jadinya zombi tu? Zombi tu terjadi sebab saintis makmal tu tersalah masuk bahan ke dalam eksperimennya kemudian dengan tak sengaja salah seorang pembantu saintis tu terlanggar bikar eksperimennya lalu pecah dan cecair tu tertumpah. Dari situlah agaknya virus dari eksperimen itu merebak." Panjang lebar Luna menceritakan kepada Tianna. Tianna tidak habis-habis menggangguk seperti burung berlatuk.

         "Betul juga cakap awak,Luna. Awak ingat tak macam mana kita nak "survive" kalau ada makhluk-makhluk macam tu? Sebenarnya saya takutlah, Luna. Ayah saya tak habis-habis suruh kita duduk dalam bangunan ni untuk mengelak daripada virus tu..." Muka Tianna kelihatan takut.

         "Ingat. Awak ikut saya malam ni. Saya akan kejutkan awak tau. Sekarang mari kita tidur, badan saya lemahlah." Luna sudah memejamkan matanya manakala Tianna tidur sambil memeluk Luna kerana ketakutan. Malam itu mereka tidur dalam ketakutan, Tianna asyik terjaga-jaga apabila mendengar bunyi-bunyi aneh.

         Tepat jam 1 pagi, Luna mengejut Tianna lalu mereka pergi ke bilik yang penuh dengan senjata dan alat-alat yang lain. Mereka juga membawa tiga buah beg galas untuk diisi senjata dan keperluan yang lain.

         "Luna, kita nak ambil senjata yang mana, ni? Terlalu banyaklah. Awak tahu ke yang mana satu yang bagus?" Tianna membelek-belek senjata-senjata yang ada di dalam bilik tersebut seperti membelek baju pula. Pelbagai jenis senjata ada di dalam bilik itu membuatkan Luna dan Tianna juling mata.

         "Kita ambil yang saya tahu saja. Saya ambil senjata, awak ambil pelurunya. Ya? Selepas itu kita pergi ke dapur dan farmasi untuk ambil barang yang lain." Dengan perlahan-lahan, mereka mengambil senjata-senjata tersebut seperti pencuri mahu mencuri barang-barang kemas. 

          "Ok..." Setelah selesai mengambil kesemua senjata yang diperlukan, mereka menuju ke dapur dan farmasi mengambil barang keperluan mereka.























 

Thursday 29 May 2014

The Unexpected War : Part 3

   
             "Daddy, kejarlah Luna! Wek...wek..." Luna berlari-lari dalam air. Neiko mengejar anak kesayangannya. Hari ini hari kelima mereka meluangkan masa bersama. Mereka meluangkan masa di taman tema. Mereka sangat seronok... tapi keseronokan mereka tidak bertahan lama.

            "Lu...Luna... dada daddy sa...sakit... Lu...Luna..." Luna segera mendapatkan daddynya lalu memangku daddynya.

           "Daddy mana... mana ubat daddy? Daddy tahan daddy jangan tinggalkan Luna dalam keadaan macam ni... " Luna meraba-raba beg daddynya untuk mencari ubat tahan sakit daddynya.

           "Ubat daddy dah lama... habis... sayang... Luna... Luna telefon am...ambulans." Neiko sudah pengsan di dalam pangkuan Luna. Luna mencapai telefon lalu menelefon ambulans. Ramai orang menolong Luna mengangkat tubuh Neiko yang sudah terkulai lemah.


Di Hospital...

             "Miss Mellson,now your father in critical condition.His heart has been severe.He had to use a respirator.He had just realized. You can see him. But that if he shortness of breath, please call us as soon as possible." Doktor itu berlalu pergi. Luna terus masuk ke dalam wad daddynya.

             "Daddy...." Sayup sahaja suara Luna memanggil daddynya yang begitu pucat mukanya. Pernafasannya juga tersekat-sekat. Luna mengusap lembut rambut Neiko. Luna melihat Neiko menitiskan air matanya lalu Neiko mengangkat lemah tangan kanannya. Luna menyambut tangannya lalu mencium beberapa kali.

             "Daddy, tadi doktor cakap dekat Luna. Daddy kena bedah. Luna dah tandatangan borang pembedahan. Sebentar lagi daddy akan masuk ke wad bedah. Sekarang ni Luna nak berbual-bual dengan daddy." Banyak cerita yang Luna ceritakan kepada daddynya. Neiko hanya memandang Luna menandakan dia fokus mendengar cerita Luna. Tiba-tiba Neiko membuka alat bantuan pernafasannya lalu menarik lembut lengan Luna. Luna kaget.

             "Daddy kenapa buka alat pernafasan ni? Nanti daddy tak boleh bernafas dengan elok." Neiko menggelengkan kepalanya.

             "Luna... di... makmal... daddy... ada... satu barang... eksperimen yang... tak... jadi... eksperimen itu... ada pada ketua makmal... daddy ada beritahunya eksperimen tersebut tak jadi... tapi dia tidak dengar cakap daddy... dia rampas eksperimen tersebut... eksperimen tak jadi tu bahaya Luna... Luna tolong ambil dan buang eksperimen itu sayang. Kalau eksperimen itu merebak ia akan beri kesan kepada manusia dan juga haiwan. Tolong daddy,sayang......." Neiko merayu kepada Luna. Neiko rasa bersalah kerana mencipta eksperimen yang berbahaya.

            "Okey daddy. Luna akan tolong daddy. Luna janji. Sekarang daddy pakai alat pernafasan ini ya. Rasanya daddy kena bedah sekarang." Luna memanggil doktor lalu doktor dan jururawat membawa Neiko masuk ke dalam bilik bedah.

            Setelah 4 jam Luna menunggu daddynya dibedah, doktor keluar lalu doktor memandang Luna dan menggelengkan kepalanya. Luna menekup mukanya. Dia tak sangka percakapannya bersama daddynya tadi adalah kali terakhir. Luna menangis teresak-esak. Tianna yang baru saja datang terus memeluk Luna. 






------------------------------------------------------------------




              "Luna, awak dah beberapa hari tak makan dan lama dah tak datang sekolah. Marilah makan bersama saya, Luna. Awak seorang yang kuat,kan? Sekiranya daddy awak lihat awak mesti dia sedih, kan?" Luna cuba meredakan tangisannya. Sudah berhari-hari dia menangis sehingga lebam-lebam matanya. Sekarang dia duduk di Pusat Latihan Askar bersama mak ciknya,Mariessa merangkap adik kepada daddynya.Mariessa seorang ketua askar di situ. Mariessa sayang akan Luna seperti anaknya sendiri walaupun Mariessa baru berusia 22 tahun.

              "Betul cakap Tianna tu, Luna. Luna kena tabah, sayang. Luna, sayang Risa kan? Jom makan dengan Risa. Risa pun lapar ni... jomlah sayang..." Mariessa menarik-narik tangan Luna. Luna tersenyum tawar melihat gelagat Risa.

              "Yeay! Akhirnya, Risa nampak Luna senyum! Comel! Jom jom..." Luna dan Tianna mengikut langkah Risa menuju arah kafe.

              "Luna nak makan apa,sayang? Nanti Risa ambilkan." Luna hanya mahu makan roti bakar disapu kaya dan air milo ais. Luna masih tidak berselera untuk makan. Tiba-tiba Luna teringat amanah daddynya untuk mengambil dan membuang eksperimen  yang daddynya buat.

              "A strange incident occurred in the largest laboratory in Washington. A man died on the streets. But not until the 15 seconds he alive and become a insane man.Eating humans. It was horrible. Hopefully, all sitting at home.Possibility that the virus will spread throughout the city and detrimental to everyone. Thank you ..." Luna sangat terkejut mendengar berita itu. Neiko pernah bekerja di situ. Dan Luna seperti tahu virus itu mesti bahan eksperimen yang tidak jadi itu. Luna sudah terlambat mahu mengambil eksperimen tersebut. Luna berasa bersalah. Luna menghampakan permintaan daddynya. Luna meminta diri untuk masuk ke biliknya. Risa dan Tianna mengeluh.



The Unexpected War : Part 2


               "Ana, cepatlah. Nanti kita terlambat." Luna menarik tangan Tianna pergi menuju ke Pusat Latihan Askar.

              "Baiklah...baiklah." Tianna mengikut Luna.


Di Pusat Latihan Askar...

              Luna dan Tianna masuk ke dalam pusat latihan askar tersebut. Ramai askar sedang berlatih berkawad kaki dan ada yang berlatih menembak. Luna teringin mahu menembak dan cita-cita Luna juga mahu menjadi seorang askar tetapi daddynya menyuruh dia menggantikannya menjadi seorang saintis. Luna suka dalam dua bidang. Satu bidang sains dan juga bidang pertahanan. Kadang-kadang menjadi keliru mahu memilih cita-citanya.

             "Alamak Luna, askar tu macam datang ke arah kitalah. Dia nak marah kita ke?" Tianna nampak kalut manakala Luna hanya berlagak tenang sahaja. 

              "Eh, budak-budak kenapa masuk ke sini? Tahukan tempat ni bahaya, ada senjata..." Muka askar itu sungguh bengis, terus kecut perut Luna dan Tianna. Luna memandang tanda nama askar tersebut, namanya Sergeant Nike Caleswood.

              "Maafkan kami, Sir Nike. Saya dan kawan saya ni sekolah di Soldier International Washington School. Jadi, kami sahaja mahu melawat pusat ini. Maafkan kami sekali lagi." Luna menundukkan mukanya kerana rasa bersalah.

             "Hmm.. macam mana awak boleh dapat sekolah di situ? Sekolah itu hanya orang yang betul-betul terpilih saja." Sergeant Nike itu masih bercekak pinggang.

             "Bapa saya seorang saintis, namanya Neiko Mellson. Dia juga selalu datang ke pusat ini untuk memberi bahan eksperimennya. Kawan saya bapanya seorang askar di sini." Luna tergetar-getar menjawab soalan Sergeant Nike itu.

            "Ohh.. marilah ikut saya. Maaflah saya berkasar kepada kamu berdua tadi." Nike menepuk-nepuk bahu Luna sambil tersenyum. Luna lega melihat senyuman Nike. 

            Petang itu, Luna diajar bagaimana mahu menembak musuh bersama Nike dan kawan-kawannya. Luna berasa sangat seronok. Dia mula rapat dengan askar-askar di situ. Tepat jam 3 petang, Luna sampai ke makmal daddynya. Luna mencari-cari daddynya di makmal, tetapi daddynya tiada di situ. Tiba-tiba seorang rakan daddynya memberitahunya bahawa daddynya di bawa ke hospital kerana sakit secara tiba-tiba. Luna bergegas ke hospital tersebut.

           "Nurse, ada tak pesakit bernama Neiko Mellson? Saya anaknya." Luna sudah tidak tentu arah. Dia risau akan daddynya.

           "Ada. Dia berada di wad 3112."

           "Terima kasih,Nurse." Luna berlari selaju harimau bintang. Nampak sahaja nombor wad 3112, Luna terus masuk dan memeluk daddynya yang sedang minum air.

            "Luna, how do you know I'm here?" Neiko memeluk erat Luna yang sedang menangis teresak-esak.

            "Kawan daddy beritahu. Daddy sakit apa? Tell me,dad." Neiko menggelengkan kepalanya.

            "Daddy cuma penat sangat sahaja. Tiada sakit yang kronik pun." Neiko terpaksa membohongi Luna. Dia tak mahu Luna bersedih kerana penyakitnya yang semakin teruk. Tetapi kebohongannya tidak bertahan lama kerana seorang doktor masuk ke dalam wadnya.

            "Mr.Mellson, kami harus membedah awak sekarang kerana penyakit awak semakin teruk. Jantung awak semakin lemah kerana ketumbuhan itu. Kalau dibedah sekarang, ia akan beransur pulih." Neiko hanya memandang Luna yang dari tadi membuat reaksi terkejut.

           "Daddy cakap daddy cuma penat sangat. Tapi doktor ni cakap daddy ada ketumbuhan dekat jantung. Apa ni, daddy? Why you lie to me!" Luna menangis teresak-esak, Neiko mahu memeluk Luna tetapi ditepis oleh Luna. Neiko menyuruh doktor meninggalkan mereka seketika.

            "Luna, daddy minta maaf, ya sayang. Daddy sayang Luna...." Belum sempat Neiko menghabiskan percakapannya, Luna sudah memotong percakapannya.

            "Kalau daddy sayang, daddy tak tipu Luna!" Tangisan Luna begitu kuat. Neiko semakin serba salah kerana menipu Luna.

             "Daddy mahu tinggalkan Luna,kan? Kenapa daddy tak buat pembedahan? Daddy nak Luna tinggal sorang-sorang?" Neiko memeluk erat Luna. Neiko tak bermaksud mahu meninggalkan Luna.

             "Daddy tak ada niat nak buat macam tu, sayang. Luna penyakit daddy ni sebenarnya dah tak boleh dirawat. Sekiranya dibedah peratusan hidup daddy hanya 50-50. Doktor cakap daddy hanya ada masa 6 hari untuk hidup. Jadi, daddy mahu meluangkan masa hanya bersama Luna. Luna fahamkan sayang?" Luna memandang muka pucat Neiko.

             "6 hari? 6 hari?" Neiko hanya mengangguk lemah.

             "Habis, daddy nak tinggalkan Luna, lah? 6 hari saja daddy? Baik Luna bunuh diri sekali mati dengan daddy!" Luna terpekik sudah seperti orang gila.

PANGG...

                Jangan buat daddy macam ni, Luna. Luna... daddy sayang Luna lebih dari segalanya. Daddy sayang Luna sepertimana daddy sayang Sherry, mummy Luna! Daddy tak mahu beritahu penyakit daddy sebab daddy mahu Luna selalu gembira.  Luna sudah berusia 16 tahun,kan sayang? Luna sudah besar. Luna dah pandai berdikari sendiri. Sekiranya daddy sudah tiada, daddy sudah minta tolong mak cik Mariessa menjaga kamu.Maafkan daddy, Luna. Daddy tampar pipi kamu. Daddy dan mummy selalu ada di sisi Luna cuma Luna tidak dapat melihat pada mata Luna. Luna mahukan meluangkan masa bersama daddy?" Luna sudah menangis berbaldi-baldi. Luna menggangguk lalu memeluk erat daddynya. 






















 

Wednesday 28 May 2014

The Unexpected War : Part 1

        
          "Sherry, abang tak sabar mahu ada anak. Tak sangka kita akan dapat bayi perempuan." Neiko mengusap perut boyot Sherry. Sudah 11 tahun mereka menunggu cahaya mata pertama mereka,akhirnya tercapai juga.

           "Ya,sayang.Abang, saya nak namakan anak kita ini Luna Arrisa. Sherry sayang Luna." Sherry memandang perutnya sambil menitiskan air matanya.

3 Bulan Kemudian...

          Sherry dimasukkan wad bersalin. Sherry tidak dapat bersalin secara normal,dia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan bayinya. Selepas 2 jam di dalam wad, doktor keluar dan bertemu dengan Neiko.

         "Mr.Mellson, I'm very sorry about your wife. She died due to profuse bleeding. This is your baby. A girl." Doktor itu berlalu pergi. Neiko memeluk bayi perempuannya yang bernama Luna Arrisa. Bayi itu sangat comel,mukanya persis Sherry. Neiko menangis teresak-esak.Dia berjanji kepada isterinya, yang dia akan menjaga Luna sampai akhir hayatnya.

         
16 Tahun Kemudian...

         "Daddy! Daddy tak siap lagi eksperimen tu? Dah berbulan dah daddy buat. Muka daddy pun dah nampak letih." Luna mengurut bahu daddynya.

           "Dah siap dah,sayang. Luna, esok Luna dah mula cuti sekolah kan? Esok daddy kena pergi pejabat askar untuk beri eksperimen ini." Neiko mula terbatuk-batuk. Luna mengangguk sambil tersenyum comel.

          "Daddy, berapa lama kita mahu pergi? Luna mahu pack baju." Luna membersihkan makmal daddynya itu yang sungguh bersepah dengan alat-alat eksperimen.

          "Dalam 8 bulan,sebab daddy ada kerja di sana. Nanti daddy akan tulis surat untuk Luna berhenti sekolah dan bersekolah berhampiran di situ." Luna hanya mengangguk. Dia sudah biasa berpindah-randah. Dia tahu daddynya bekerja kuat untuknya. Luna beredar lalu masuk ke dalam biliknya. Dia mengambil bingkai gambar arwah ibunya. Dia memeluk sambil menitiskan air matanya. Ibunya meninggal dunia disebabkan melahirkannya. Luna berasa sedih kerana tidak pernah merasa belaian ibunya. Setiap malam pasti dia akan bermimpi bertemu dengan ibunya.


            Hari yang berikutnya, Luna dan daddynya berangkat ke pejabat yang dikatakan oleh daddynya di Washington. Neiko dan Luna masuk ke dalam White House. Mulai hari itu, daddynya akan bekerja di suatu makmal terbesar di Washington. Dia pula bersekolah di Soldier International Washington School. Luna rasa berdebar kerana dia bersekolah di sekolah askar. 

           "Luna, hari ini daddy akan berada di makmal sepanjang hari ini. Selepas balik ke sekolah, Luna datanglah ke sini, ya." Walaupun Neiko sedang bercakap dengan Luna, matanya tertumpu pada bahan eksperimennya. Neiko memang seorang yang fokus.

          "Okey daddy, nanti Luna bungkuskan makanan ya. Dan hari ni Luna balik lambat sebab Luna ada kelas tambahan bersama kawan,daddy." Luna mengucup tangan daddynya lalu pergi ke sekolah. Hari ini hari kedua, Luna pergi ke sekolah baharunya. Di sekolah Luna masih tiada kawan baharu. Luna seorang yang pemalu dan pendiam, susah mahu mencari kawan sendiri.

           Sampai di sekolah, Luna mengunci basikalnya di tempat yang disediakan. Luna menggalas begnya lalu masuk ke dalam kelas. Masa masih berbaki 15 minit sebelum loceng dibunyikan. Di dalam kelas, Luna duduk di bahagian tengah di bawah kipas di sebelah kanan. Luna tidak suka duduk di belakang sekali. Katanya dia tidak akan dapat menumpukan apa yang guru ajar.

          Sedang Luna khusyuk membaca buku tentang sejarah. Seorang pelajar mendekatinya lalu duduk di sebelahnya. "Hi..." Luna memandang pelajar di sebelahnya.

          "Hi..." Luna berjabat tangan dengan Tianna. Seorang pelajar baharu berasal dari Kanada. Tianna seorang yang peramah. Luna dan Tianna menjadi kawan. "Ana, awak mahu makan apa? Dekat sini saya selalu makan stik kambing. Sedap!"Luna memesan stik kambing manakala Tianna memesan sama seperti Luna.

          "Luna, selepas ini kita belajar subjek apa,ya?" Tianna menyuapkan daging kambing ke dalam mulutnya dengan penuh lazat sekali.

          "Selepas ni, kita tiada subjek. Kita ada masa free selama 2 jam. Selalu saya pergi ke tempat latihan askar. Awak mahu ikut saya?" Tianna mengangguk sambil tersenyum. Luna dan Tianna sudah menjadi kawan yang akrab walaupun baru hari pertama berjumpa.

 

The Unexpected War : Introduction

Actors





Luna Arrisa Mellson






Neiko Mellson




Tianna Rose




Mariessa Mellson



Zack Jackson


Nike Caleswood



Tommy Hudson



Ben Sherman



Ellysa Germany