Sunday 16 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 5



   
   “Rania bersiap cepat, hari ni ikut daddy ke tempat kerja daddy.” Rania yang sedang membuat kerja sekolah, terkejut apabila Eden menyuruh mengikutnya ke tempat kerja.

   “Okey daddy. Darris mari kita bersiap. Daddy, Adam dia keluar jumpa kawan dia.” Darris menyambut tangan Rania.


De’ Protection & Research San Francisco.


   “Daddy bawa kamu berdua ke tempat kerja daddy ni sebab daddy takut apa-apa jadi pada kamu, Rania. Kenapa tak beritahu daddy mengenai kejadian semalam?” Rania menunduk kerana dia bersalah mendiamkan hal yang berbahaya semalam.


   “I’m so sorry, dad. I didn’t mean to not to tell you about yesterday.” Rania memegang tangan bapanya.


   “It’s okay. Come here.” Eden membawa Rania dan Darris ke suatu bilik.


   “Tempat ni khas untuk beruk atau monyet bermain seperti Darris ini. Rania kena perhatikan juga. Yang ni pula, makmal kajian daddy... kalau nak masuk ke dalam makmal ini, Rania perlu memakai kot putih dan topeng muka kerana banyak bahan kimia. Faham?” Eden memakaikan Rania pas masuk dan keluar bangunan itu supaya orang lain dapat mengenal pasti anaknya.


   “Daddy, banyaknya beruk di sini. Nak buat apa dengan beruk-beruk ni?” Rania pelik apabila melihat banyak beruk yang dikurung di dalam sangkar kaca.





“Ni semua untuk dibuat uji kaji, sayang. Setiap sangkar itu ada kod untuk membukanya, kodnya 3322 .Daddy nak kena pergi ni. Kamu berdua duduk di tempat khas tadi, ya” Eden beredar dari situ. 


   “Darris lapar?” Tanya Rania kepada Darris. Darris mengangguk laju lalu mengambil biskut yang diberi oleh Rania.


   Rania menyedut air kotak yang dibawanya dari rumah. Rania hanya melihat dari jauh, beruk-beruk yang dikurung dalam sangkar kaca itu. Dia tidak pernah tahu yang bapanya bekerja disini. Ini kali pertama Rania menjejak ke tempat kerja bapanya. 


   Darris dilahirkan disini, ibunya mati ditembak, kata bapanya. Rania pelik siapakah yang kejam menembak ibu Darris? Hati Rania membuak-buak ingin tahu sebenarnya tempat ini tempat apa. Cepat-cepat Rania bangun dari tempat duduknya lalu menyarung kot putih dan memakai topeng muka sebelum masuk ke makmal tersebut.


   “Darris mari ikut Rania.” Rania memimpin tangan Darris lalu masuk ke makmal itu.


   “Banyaknya kawan-kawan Darris dekat sini. Kasihan mereka terkurung. Mereka sudah makan ke belum, ya Darris?” Rania memandang ke arah Darris lalu Darris pergi ke arah troli yang diisi bungkusan-bungkusan biskut. Darris mengambil sebungkus biskut lalu beri kepada Rania. Rania tersenyum.


   “Hai, nama saya Rania. Ini Darris. Nah, saya beri awak biskut.” Rania memperkenalkan diri kepada beruk-beruk yang berada disitu.


   “Koba. Nama awak Koba, ya? Saya Rania. Ini Darris.” Rania memberi dua keping biskut kepada Koba, dengan lahapnya Koba memakan biskut itu.







   Rania memberi sekeping lagi biskut kepada Koba, kali ini Rania menyentuh lembut tangan Koba. Tiba-tiba Koba merentap tangan Rania, Rania terkejut. Darris memarahi Koba dan menyuruh Koba melepaskan tangan Rania.


   “Koba, tolong lepaskan tangan saya. Saya bukan orang jahat.” Koba melihat wajah Rania, perlahan-lahan dia melepaskan tangan Rania. 


   “Terima kasih Koba. Nah, saya beri awak biskut lagi. Awak lapar, ya?” Rania tersenyum comel. Tiba-tiba Darris menarik baju Rania supaya Rania mengikutnya.


   “Kasihannya, dia mahu melahirkan anak. Mukanya menahan sakitlah.” Rania melihat ada seekor beruk yang sedang mengerang kesakitan kerana mahu bersalin. Rania cuba mengingat kod untuk membuka pintu sangkar ni. Rania terkejut apabila melihat Darris menekan kod pada pintu sangkar itu.


   “Darris, awak ingat kod pintu ni?” Rania tidak sangka.


   “Darris, awak ambil kotak kit keselamatan, suratkhabar dan kain yang terletak di atas rak itu.” Dengan laju, Darris mengambil barang-barang yang disuruh oleh Rania tadi.


   Apabila Rania mendekati beruk itu, beruk itu seakan-akan berundur sedikit kerana takut Rania mengapa-apakannya. Rania mengusap badan beruk itu. Beruk itu dapat merasakan kasih sayang Rania apabila Rania membelainya. 


   “Oh, nama awak Cornelia, ya? Cornelia, saya tolong awak, ya? Jangan takut.” Rania berasa kasihan apabila melihat Cornelia mengerang. Tidak sampai 15 minit, seekor anak beruk yang sangat comel dilahirkan. Rania memberi anak itu kepada Cornelia. Rania tersenyum apabila dia berjaya menolong Cornelia. Darris turut gembira melihat Rania menolong kawannya.


   “Rania, apa Rania buat? Daddy suruh Rania duduk disitu.” Tiba-tiba Eden datang dengan berpakaian kot putih dan topeng muka terkejut melihat Rania berada di dalam makmal itu.


   “Daddy, Rania cuma tolong Cornelia bersalinkan anaknya. Kasihan dia, tadi dia mengerang kesakitan. Sekarang Rania dah tidurkan dia dan anaknya.” Rania bercerita dengan gembiranya.


   “Ye? Pandai anak daddy sambut bayi beruk tu. Rania memang persis macam mummy.” Eden tergelak dan tidak sangka anaknya pandai menyambut bayi beruk itu.


   “Rania kan anak daddy dengan mummy mestilah pandai. Kan Darris?” Rania memeluk bahu Darris lalu Darris mengiakan.




No comments:

Post a Comment