Sunday 9 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 2



   “Mummy, I’m home.” Rania meletakkan beg sekolahnya di atas sofa lalu mencari ibunya.


   “Mummy? Are you okay? Mummy nampak pucat. Mummy sakit?” Rania ternampak ibunya terbaring di atas katil sedang mengerang sakit. Darris hanya duduk diam di sisi Raisya.


   “It’s okay,baby. Come here.” Rania mendekatkan dirinya lalu ibunya mencium lembut pipinya. Rania dapat merasakan kepala ibunya sangat panas.


   “Mummy, badan mummy panas. Mummy demam. Rania telefon daddy, ya?” Rania bergegas mengambil telefon bimbit ibunya lalu menelefon bapanya.

San Francisco Hospitals


   “How’s my wife, doc?” Eden sangat risau dengan kondisi isterinya yang sakit itu.


   “Eden, I need you to calm down. Your wife got a cancer. Now, she in critical condition.” Eden meraup wajahnya. Dia sangat terkejut dengan berita yang diberitahu oleh doktor sebentar tadi.



Evengeline’s House


   “Darris, mummy sakit apa, ya? Rania risaulah. Muka mummy pucat tadi.” Rania memandang Darris.  Darris bercakap menggunakan bahasa isyarat yang diajar oleh Eden.


   “Darris, mari kita tidur. Saya penatlah.” Rania baring di atas katilnya lalu memeluk Darris. Tidak sampai 10 minit, dia sudah tertidur bersama Darris.



Keesokannya...


   Rania tersedar dari tidurnya lalu melihat disebelahnya, Darris masih lagi tidur. Rania mengejut Darris lalu mengajak Darris turun ke bawah. Kelihatan Eden sedang tidur di atas sofa.


   “Daddy......” Rania mengusap rambut bapa kesayangannya.


   “Eh, Rania sayang. Mari sini daddy rindu dekat anak daddy ni.” Eden mengucup pipi anaknya. Eden sangat sayang akan anaknya. Demi anaknya, dia sanggup buat apa sahaja.


   “Mummy?” Rania memandang sayu ke arah bapanya. Eden terkedu. Apakah yang diperlu beritahu pada anaknya tentang Raisya yang menghadapi kanser jantung.


   “Mummy masih berada di hospital lagi,sayang. Doktor masih memeriksa kesihatannya.” Eden tidak sampai hati mahu memberitahu hal sebenar kepada Rania. Eden memeluk Rania lalu memandang ke arah Darris.


   “Mummy takkan tinggalkan Rania, kan? Takkan tinggalkan Darris?” Pertanyaan Rania membuat Eden tersentak. Rania seperti tahu yang ibunya akan meninggal dunia. Eden hanya mendiamkan diri.


   “Rania nak jumpa mummy, boleh? Bawa Darris sekali.” Rania memujuk bapanya.


   “Bagaimana Darris mahu masuk dekat dalam hospital tu? Nanti orang nampak.” Rania memberi ideanya kepada Eden.



San Francisco Hospitals


   “Darris, Darris jangan nakal tau. Darris senyap sahaja. Kalau Darris bising, nanti kita kena tangkap. Kita nak jumpa mummy. Darris janji?” Kata Rania. Darris membalas jari kelingking kepada Rania yang bermaksud dia berjanji.


   “Mummy....” Rania sudah mengalirkan air matanya apabila melihat wajah ibunya begitu pucat. Rania mengenggam tangan ibunya. Darris hanya berdiri di sebelah Rania.


   “Ra...nia..” Perlahan-lahan Raisya membalas genggaman Rania.


   “Mummy, mummy nak tinggalkan Rania dengan Darris?” Rania sudah menangis teresak-esak. Eden memegang lembut bahu Rania.


   “No... jangan... cakap... macam tu... sayang...” Tersekat-sekat Raisya mengeluarkan suaranya.


   “Mummy... Rania sayang mummy. Darris pun sayang mummy. Kan Darris?” Darris mengangguk-anggukkan kepalanya. Raisya tersenyum. 


   “Rania boleh janji dengan mummy?” Eden menolong Raisya menyandarkan badannya pada bantal.


   “Anything, mummy.” Raisya memangku Rania. Rania memeluk erat ibunya.

   “Kalau mummy dah tak ada, Rania janji yang Rania akan jadi anak yang baik. Jagakan Darris dan daddy untuk mummy. Boleh?” Raisya mengusap rambut anaknya lalu mencium rambut Rania.


   “Darris can you take care of Rania for me, can you?” Raisya mengusap pipi Darris lalu Darris mengenggam tangannya dan berjanji akan menjaga Rania. Rania pula sudah menangis teresak-esak di dalam pangkuan Raisya.

No comments:

Post a Comment