Tuesday 18 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 6



San Francisco International Science School. 

Cafeteria...

   “Rania...” Adam melambai tangan ke arah Rania yang sedang menikmati roti bakar di kafeteria.


   “Adam, come here. Want some?” Rania memberi sekeping roti kepada Adam. Adam mengambil sambil tersenyum.


   “Thanks.  Awak sudah bersedia dengan soalan yang akan cikgu tanya nanti?” Tanya Adam lalu mengigit roti bakar yang diberi oleh Rania tadi.


   “I’m already ready... Hahaha...” Ketawa Rania.

G.S Class.

   “Baiklah pelajar-pelajar sekalian, sila tutup semua buku-buku rujukan anda dan bersedia dengan soalan yang akan saya berikan.” Semua pelajar menutup buku-buku rujukan mereka lalu memberikan perhatian kepada Miss Florenca yang mahu menyoal mereka.


   “Haiwan apa yang cerdik selain kancil?” Soal Miss Florenca.

   “Beruk!” Jawab Rania.


   “Semut!” Jawab Erianca.


   “Miss Florenca, beruk bukan ke haiwan yang membawa penyakit kepada manusia?” Tanya Nataliasha sambil menjeling gedik ke arah Rania.


   “Kenapa pula beruk bawa penyakit kepada manusia? Manusia yang buat ada penyakit adalah.” Bantah Rania.


   “Ye ke? Setahu sayalah, papa saya yang cakap. Beruk bawa penyakit kepada manusia. Nampak je beruk mesti kena tembak.” Kata Nataliasha lagi sambil tergelak kecil.


   “Pandai-pandai je. Nak bunuh-bunuh haiwan sesuka hati.” Marah Rania. Adam memegang lembut bahu Rania supaya bertenang.


   “Sudah sudah, jangan bergaduh. Saya tanya soalan satu saja, jawapan kamu berdua panjang lebar pula.” Marah Miss Florenca sambil mengerutkan dahinya.

   “Grr...” Rania mendengus sambil menjeling ke arah Nataliasha.

  

   Mereka pulang bersama dengan menunggang basikal. Mereka berhenti di kedai makanan untuk membeli makanan mereka. Kemudian, mereka pergi ke kedai buah untuk membeli buah pisang untuk Darris. 


   “Rania, semalam awak dengan Darris pergi ke mana?” Tanya Adam.


   “Pergi tempat daddy saya kerja. First time, saya jejak situ. Marilah kita balik dulu, nanti di rumah saya cerita pada awak.” Mereka mengayuh laju sehingga sampai di rumah Rania.

Di dalam bilik Rania.

   “Apa yang awak nak cerita pada saya?” Adam sudah tidak sabar mahu mendengar cerita Rania.


   “Hmph... saya peliklah. Pertama kali saya jejak tempat kerja daddy saya tu, saya rasa lain.” Cerita Rania sambil mengusap kepala Darris yang sudah terlena di atas riba Rania.


   “Pelik apanya? Dekat sana ada apa?” Berkerut Adam apabila mendengar kata Rania tadi.


   “Ada banyak sangat beruk terkurung dalam sangkar kaca. Cuba awak tengok ni.” Rania menunjukkan gambar yang ada dalam telefon bimbitnya kepada Adam.


   “Ish, banyaknya. Kasihan mereka kena kurung. Kenapa buat macam tu?” Adam terkejut melihat gambar yang ditunjukkan oleh Rania.


   “Soalan awak tu sama soalan yang saya tanya pada daddy. Dia jawab itu semua  untuk dibuat kajian. Saya pun tak faham, kajian apa yang mereka nak buat?” Rania memicit kepalanya.


   “Hari ni awak ikut daddy awak pergi kerja tak?” Tanya Adam.


   “Tak sebab hari ni dia pergi ke syarikat daerah lain. Esok, saya ikut dia. Kenapa, awak mahu ikut?” Rania mengalihkan kepala Darris ke atas bantalnya.


   “Ya. Saya ada sesuatu nak buat.” Kata Adam lalu mengambil beg galasnya. Rania melihat saja perbuatan Adam yang sedang memikirkan sesuatu sambil mengeluarkan barang-barangnya di dalam beg.


   “Adam? What are you doing?” Tanya Rania.


   “Sini...” Adam berbisik pada Rania.

No comments:

Post a Comment