Wednesday 19 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 7



   “Rania, Adam. Kamu berdua dah siap? Daddy nak pergi dah ni.” Panggil Eden sambil membetulkan tali lehernya.

   “One second, daddy.” Rania ,Adam dan Darris menuruni tangga lalu mengambil makanan mereka di atas meja.

   “All settle? Kita nak tinggal dekat sana tiga hari tau. Daddy, ada banyak kerja kalau dah hujung tahun ni.” Eden menghidupkan enjen keretanya.

   “Ya daddy. Semua dah siap.” Rania meletakkan begnya ke dalam kereta. Darris, Rania dan Adam memasuki ke dalam badan kereta.

De’ Protection & Research San Francisco.

   “Okey, kamu berdua ikut Miss Liana ni, ya. Kalau ada apa-apa cari daddy dekat makmal kajian Master.” Beritahu Eden.

   “Okay, daddy. I love you.” Rania mengucup tangan Eden lalu mengikut Miss Liana.

Bilik Khas Tetamu.

   “Rania dan Adam, kamu nak makan apa? Nanti Liana ambilkan.” Tanya Liana. Liana ialah penolong kepada Eden.

   “Tak apalah, sis. Kitaorang dah kenyang. Sis, pergilah sambung kerja. Kitaorang okey saja dekat sini.” Senyum Rania.

   “Baiklah kalau macam tu. Jangan merayau ke mana-mana, ya. Bangunan ni luas. Nanti kamu sesat. Pas masuk dan keluar tu jangan ditanggalkan, ya.” Pesan Liana.

   “Okey, sis.” Tabik Adam.

   Setelah Liana beredar, Adam menutup majalah yang dibacanya tadi. Kemudian dia memanggil Rania yang sedang bermain-main dengan Darris.

   “Psst... Rania...” Panggil Adam dengan nada suara yang perlahan.

   “Kenapa?” Darris dan Rania datang ke arah Adam.

   “Ingat pelan kita semalam?” Rania mengangguk.

   “Marilah, bawa saya tempat yang awak pergi hari itu.” Rania bangun dari tempatnya kemudian membawa Adam ke makmal kajian itu.

Makmal Kajian 03

   “Inilah tempatnya.” Tunjuk Rania.

   Sedang Adam mahu mengeluarkan alatannya, tiba-tiba seorang remaja perempuan menghampiri mereka.

   “Hei, korang buat apa dekat sini?” Nataliasha menjeling ke arah Rania lalu ternampak sesuatu di belakang Rania.

   “Ah! Beruk! Security!” Natalisha menjerit.

   “Lia! Ni kawan sayalah. Saya jaga dia dari kecil.” Tempik Rania. 

   “Tak kira, dia kena tangkap juga sebab dia haiwan ganas!” Nataliasha menelefon tempat penjagaan haiwan. Penjaga disitu terus menangkap Darris menggunakan alatan penangkap.

San Francisco Protection Animals.

    “Darris! Lepaskan dia. Sakit leher dialah!” Rania menarik-narik lengan penjaga haiwan itu.





   “Darris...” Rania memeluk Darris.

   “Lia, kau tak boleh buat macam ni. Darris dengan Rania dari kecil dah bersama. Diaorang tak boleh berpisah.” Adam memarahi Nataliasha. Adam kasihan melihat Rania menangis teresak-esak.

   “Ah! Beruk ni haiwan yang berbahaya. Bukannya macam kucing. Patutnya dah lama kena tangkap.” Jeling Nataliasha ke arah Darris. Darris hanya merenung ke arah Nataliasha.

   “Daddy...” Rania memandang ke arah Eden apabila dia hanya mendiamkan diri.

   “Dah sampai masanya, Darris kena masuk tempat perlindungan ni.” Kata Eden itu membuatkan Rania betul-betul terkejut.

   “So, you let Darris go? You don’t care about me? I cannot live without Darris. He is my bestfriend. He is our family. Don’t you realise?” Kata Rania sambil tersedu-sedan.

   “Rania...” Eden memegang bahu Rania.

   “Just don’t...” Rania meninggalkan Eden di belakang lalu memeluk erat Darris. Tiba-tiba Nataliasha menolak Rania sehingga terjatuh. Darris mahu menerkam Nataliasha tetapi tidak boleh kerana terjerat dengan alatan penangkap.

   Nataliasha menyuruh penjaga haiwan itu membawa Darris masuk ke dalam bangunan itu manakala penjaga yang lain menghalang Rania dan Adam mengikuti mereka. Adam memeluk Rania supaya bertenang.

   “Adam... Darris... he cannot go! He’s not safe if he stay here!” Jerit Rania sekuat hatinya. Eden hanya duduk diam di dalam kereta.

Keesokannya...
De’ Protection & Research San Francisco.

   “Rania, awak nak makan?” Tanya Adam. Rania hanya menggeleng lemah. Rania sangat merindui Darris walaupun baru satu hari mereka tidak berjumpa.

   “Rania, tadi awak minum susu coklat je. Saya ada bawa biskut ni. Makanlah sedikit.” Pujuk Adam lalu menyuapkan biskut itu ke dalam mulut Rania.

   Rania mengunyah perlahan biskut yang disuap oleh Adam sambil melihat ke arah beruk-beruk yang terkurung di dalam sangkar kaca itu. Dia bangun dari tempat duduknya lalu menyarung kot putih dan memakai topeng muka.

   “Rania, where you want to go?” Adam turut mengikut Rania menyarung kot putih dan memakai topeng muka.

   “Adam, kita buat pelan awak yang tertangguh semalam tu.” Kata Rania sambil mengambil beberapa botol eksperimen yang dikaji khas untuk beruk itu. Adam tersenyum.

   “Rania ambilkan sebungkus biskut tu. Saya nak beri mereka makan.” Rania memberi sebungkus biskut kepada Adam kemudian Adam memberi dua keping biskut pada setiap beruk.

   “Caesar?” Sedang Adam memberi biskut kepada beruk, Adam terbaca nama pada salah satu sangkar beruk itu. Adam terkejut.

   “Rania... Rania apa kod sangkar ni?” Tanya Adam.

   “3322, kenapa?” Tanpa menjawab soalan Rania, Adam terus menekan kod pada sangkar kaca tersebut. Kelihatan beruk itu sedang tidur dengan nyenyak. Perlahan-lahan Adam mendekati beruk itu tiba-tiba beruk itu membuka matanya lalu menerjah ke atas badan Adam. 

   “Adam!” Jerit Rania.

   “Caesar... ni awakkan Caesar? Saya ni Adam. Adam Alexis.” Adam cuba mengingati Caesar. Apabila terdengar nama Adam Alexis, perlahan-lahan Caesar mengundur ke belakang.

   “Caesar? I’m Adam. Are you remember me?” Adam mendepakan tangannya lalu Caesar memeluknya erat. Rania mendekati mereka tiba-tiba Caesar menyergah Rania.

   “It’s okay, Caesar. She’s my friend. You not need to afraid of her.” Beritahu Adam.

   “Hey you! What are you doing?!” Jerit penjaga.

   Apabila penjaga itu mendekati mereka, Caesar bertindak luar kawalan. Caesar tidak mahu orang mengusik Adam. Cepat-cepat Adam menarik tangan Caesar dan Rania lalu berlari keluar dari tempat tu. Ramai penjaga mengejar mereka.

   “Adam, cepat hidupkan enjen!” Terkial-kial Adam mencari kunci van tersebut.

   ‘Ini... ini kuncinya. Cepat Adam.” Apabila enjen sudah hidup, cepat-cepat mereka pergi dari situ.

San Francisco Protection Animals.

   Mereka memberhentikan kereta mereka di hadapan bangunan San Francisco Protection Animals. Rania terus keluar dari badan kereta lalu masuk ke dalam bangunan tersebut. Adam dan Caesar mengikuti Rania masuk ke dalam bangunan itu.

   “Hey! Why you come here? Kau dah tak ada hak nak jaga dia lagi.” Kata Nalmond iaitu abang Nataliasha. 

   “I’m just want to see him. Please.” Rania merayu. Tiba-tiba Caesar menerkam ke arah Nalmond lalu mencakar mukanya.

   “Rania, awak pergi jumpa Darris. Biar saya uruskan ni.” Kata Adam. Rania berlari menuju ke sangkar Darris.





   “Darris... Darris...” Rania memanggil nama Darris apabila dia menjumpai sangkar Darris.  Darris bangun lalu meletakkan tapak tangannya pada jaring pagar itu lalu Rania pun meletakkan tapak tangannya pada jaring pagar itu.

   Tiba-tiba kepala Rania pening, kemudian dia rebah. Telinganya terdengar sayup-sayup suara Adam memanggil namanya tetapi dia tidak mempunyai tenaga untuk bangun.


 

No comments:

Post a Comment