Sunday 9 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 3


   Rania menangis tersedu-sedan apabila ibunya sudah siap dikebumikan. Raisya tidak dapat diselamatkan kerana penyakitnya sudah merebak sehingga ke seluruh organnya. Raisya meninggal dunia ketika itu dia sedang mendodoikan Rania yang sedang tidur di dalam pangkuannya. Itulah kali terakhir Rania dapat bersama-sama ibunya.

  





3 hari kemudian...


   Selepas waktu persekolahan tamat, Rania pulang ke rumahnya sambil membawa sesikat pisang untuk diberi kepada Darris. Rania kasihan melihat Darris tinggal keseorangan di rumah sejak ibunya meninggal dunia. Dia terpaksa mengunci rumahnya supaya Darris tidak keluar dari rumah.


    “Darris... I’m home. I bring you some bananas.” Dengar saja suara Rania, sepantas kilat Darris turun dan mengambil pisang itu dari tangan Rania. Kelihatan Darris sungguh kelaparan.


   “Darris, Rania minta maaf sebab kurung Darris dekat rumah sorang-sorang.” Rania memeluk Darris yang sedang menikmati pisang itu. Darris memberitahu Rania dengan bahasa isyaratnya bahawa dia tidak marah pada Rania. Dia faham.


   Selalunya Rania akan tinggal bersama Darris di rumah mereka sewaktu bapanya sibuk bekerja. Hari ini bapanya pulang awal dan membawa makanan untuk mereka. Sebenarnya Eden berasa serba salah kerana meninggalkan Rania dan Darris di dalam rumah tanpa orang dewasa.


   “Rania, sekejap lagi Rania bersiap, ya? Kita nak keluar.” Kata Eden.


   “Nak pergi mana, daddy?” Rania sudah menunjukkan reaksi suka kerana bapanya mahu mengajaknya keluar.


   “Secret.” Eden tergelak kecil kerana Rania sudah memuncungkan mulutnya.



Redwoods Park.


     “Cantiknya....” Mulut Rania terbuka luas apabila melihat keindahan Taman Redwoods itu.




   “Daddy tak payahlah pakaikan tali tu pada leher Darris, Rania boleh pimpin dialah. Kasihan leher dia sakit nanti.” Rania memimpin tangan Darris.


   “Cantikkan,Darris?” Darris mengangguk suka.


   “Rania, Rania pergi teman Darris masuk ke dalam tu. Daddy ada hal sekejap.” Rania membawa Darris pergi ke hutan simpanan itu.




   “Darris, tingginya pokok tu.” Rania menunjuk ke arah pokok itu. Darris meminta izin kepada Rania untuk memanjat pokok itu menggunakan bahasa isyaratnya.


   “Panjatlah tapi hati-hati tau.” Rania mengucup dahi Darris lalu Darris memanjat pokok tinggi dan besar itu.



   “Hati-hati Darris!” Rania gembira melihat Darris memanjat pokok itu.


   Setelah lama berada di Taman Redwoods, Rania dan Darris dipanggil oleh Eden untuk pulang ke rumah. Di dalam kereta, Eden melihat pada cermin kelihatan Rania dan Darris tidur berpelukkan. Mereka nampak keletihan. Selepas menghantar Rania dan Darris ke rumah, Eden perlu ke tempat kerja semula kerana ada hal penting perlu diselesaikan.

Di dalam bilik Rania.

   “Darris, Darris dan Rania kena selalu bersama walaupun apa yang berlaku.
Janji?” Darris tergelak suka sambil membalas jari kelingking Rania yang dia berjanji akan bersama Rania sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment