Sunday 23 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 8



   “Rania... wake up... Rania...” Rania tersedar tetapi penglihatannya masih tidak jelas. Kepalanya sangat pening. 


   “Rania... I’m here.” Adam masih tidak putus asa memanggil-manggil nama Rania.


   “Adam... Adam... Where... are we?” Rania ternampak susuk tubuh Adam walaupun penglihatannya masih kabur. Rania memegang belakang lehernya, sangat sakit.


   “Kita kena kurung dengan mereka. Mereka kurung kita dalam sangkar beruk. Caesar pun kena kurung.” Adam menunjukkan ke arah sangkar-sangkar beruk itu kepada Rania. Rania mengegarkan pintu pagar sangkar itu.


   “Darris!” Rania menjerit memanggil nama Darris. Darris terdengar Rania memanggil namanya tetapi dia tidak boleh buat apa-apa, dia juga dikurung di dalam sangkar.


   Tiba-tiba Natashalia dan Nalmond datang untuk memberi makanan kepada beruk-beruk. Natashalia tergelak jahat apabila melihat Rania dan Adam terkurung dalam sangkar beruk.


   “Anak-anak papa yang tersayang ni, papa nak keluar ada mesyuarat. Kamu berdua jaga beruk-beruk dan orang tu,ya? Jangan bagi mereka terlepas nanti nahas kita.” Kata Encik Nazell kepada anak-anaknya.


   “Boleh je, papa. Papa nak bonus, pa.” Minta Natashalia.


   “Lia.. Lia.. lain tak ada, ya.” Encik Nazell menggelengkan kepalanya sambil mengeluarkan beberapa kertas not lalu beri kepada Natashalia dan Nalmond.


   “Thank you, papa. We love you!” Suka Natashalia sambil mencium pipi Encik Nazell.


   Waktu sudah menjelang senja, loceng berbunyi untuk beruk-beruk itu keluar dari sangkar mereka dan bermain di tempat khas permainannya. Adam dan Rania hanya duduk diam di dalam sangkar. Rania masih menahan sakit pada belakang lehernya.





   “Rania, awak okey?” Adam kelihatan risau apabila melihat wajah Rania yang asyik berkerut dari tadi.


   “Saya okey je.” Jawab Rania.


   “Hai korang! Aku bukakan pagar atas ni, ya. Kalau korang pandai panjat macam beruk-beruk tu, cubalah panjat ya. Aku dengan abang aku nak pergi makan.  Aku tahu korang mesti lapar, aku pun ada hati dan perut tau. Nah, aku bagi korang sebungkus biskut. Pandai-pandailah kongsi, ya.” Natashalia tergelak besar.


   Setelah Natashalia beredar dari situ, Rania mengambil biskut itu lalu simpan di dalam begnya kemudian Rania cuba untuk memanjat pagar itu untuk pergi ke tempat khas permainan beruk-beruk itu. Akhirnya, Rania dapat memanjat pagar itu lalu memanggil Adam supaya mengikutnya.




   “Darris... are you here?” Sampai sahaja di tempat khas permainan beruk-beruk, Rania terus memanggil nama Darris. Kelihatan Darris sedang bermain ranting pokok keseorangan.

   Rania terus memeluk Darris dengan eratnya kerana dia sangat merindui Darris. Darris mengesat air mata Rania yang berjuraian lalu mengusap belakang Rania. Beruk-beruk lain hanya memerhatikan perbuatan Darris dan Rania.

   “Rania... kita kena pelan. Kita tak boleh duduk diam macam ni.” Kata Adam sambil mengeluarkan kertas sebesar kertas A4 untuk membuat pelan.

   “Macam mana kita nak pelan?” Tanya Rania. Adam memikirkan jawapan untuk soalan Rania itu.

   “Hah! Rania, awak masih pegang lagi botol eksperimen itu? Berapa botol awak ambil?” Adam bertanya kepada Rania tentang botol eksperimen yang mereka curi pagi tadi.

   “Ada ada.. tak silap saya ada tiga botol saya ambil. Itu yang sempat saya ambil.” Kata Rania.

   “Bagus! Pelan kita dah boleh menjadi. Awak tahukan botol eksperimen itu dikaji ke atas beruk-beruk dan ia menjadi. Apabila eksperimen itu terkena pada manusia ia akan menjadi penyakit. Jadi, awak ada simpan topeng muka?” Kata-kata Adam itu membuatkan Rania teringat akan kata daddynya tentang eksperimen itu.

   “Ada. Saya ada simpan. Bila kita nak mulakan pelan?” Rania memerhatikan Adam yang sedang menulis di atas kertas A4 itu. Caesar dan Darris juga mengajak kawan-kawannya bekerjasama dengan Rania dan Adam.

   “Malam ni.” Kata Adam dengan nada yang serius.
 

No comments:

Post a Comment