Sunday 23 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 9



   Jam sudah menunjukkan pukul 9.00 malam, Rania sudah diulit mimpi begitu juga dengan beruk-beruk yang lain. Hanya Adam dan Caesar yang masih belum tidur. Adam sedang termenung memikirkan tentang pelan mereka tadi. Pelan mereka akan bermula tidak lama lagi. Caesar pula bermain-main dengan ranting kayu sambil merenung pintu keluar yang berada dekat dengan tempat khas permainan tadi.


   “Hai semua. Dah tidur ke? Penat sangat nampaknya. Kasihan.” Ejek Natashalia.


   “Lia, cepatlah. Aku tinggalkan kau nanti. Padan muka kau.” Jerit Nalmond.


   “Yelah! Lia datanglah ni. Ish, tak sabar-sabar.” Omel Natashalia.


   Setelah Natashalia pergi dari situ, Adam memastikan Natashalia betul-betul pergi kerana dia mahu memulakan rancangan mereka. Adam mengeluarkan pisau lipatnya lalu cuba membuka pintu pagarnya. Kemudian, Adam membuka pintu pagar Caesar lalu membuka penutup botol eksperimen itu dan membebaskan gas eksperimen itu. Adam menjalankan rancangannya tanpa Rania. 




   “Rania bangun, pakai topeng cepat!” Jerit Adam. Rania terkejut lalu memakai topeng supaya tidak terkena gas eksperimen itu.



 



    “Caesar, let’s go. Go back into your cage.” Adam mengunci semula pagar sangkar Caesar kemudian dia masuk ke dalam sangkarnya dan mengunci semula.



Keesokannya...


   Rania bangun dari tidurnya lalu menyuap biskut yang diberi oleh Natashalia ke dalam mulutnya. Setelah lima keping biskut sudah dihadam oleh perutnya, Rania melihat Adam masih tertidur di atas simen.


   “Adam, bangun. Awak nak biskut ni?” Adam tersedar apabila terdengar Rania memanggil namanya. 


   “Ya. Nak! Lapar pula perut saya.” Adam menggosok-gosok perutnya sambil tersengih.


   “Nah. Boleh ambil tak?” Rania memberi plastik biskut itu melalui celah-celah jaring pagar.


   “Dapat-dapat.” Terus Adam mengigit sekeping biskut.


   “Bangun! Semua bangun! Jangan nak tidur je!” Tiba-tiba Natashalia mengetuk pintu pagar supaya semua beruk-beruk bangun dari tidur. Kasihan beruk-beruk itu terkejut apabila mendengar jeritan lantang Natashalia yang berlagak lagikan gedik.


   Darris hanya merenung gerak-geri Natashalia yang gedik itu. Tiba-tiba Natashalia pergi ke arahnya lalu membuka pagar atas supaya dia boleh pergi ke tempat khas permainan.


   “Tahulah aku ni cantik. Tak perlulah kau pandang aku macam tu sekali. Jealous  ke?” Kata Natashalia sambil tangan kanannya ke kiri ke kanan. Darris menjeling ke arah Natashalia.

   “Oh... pandai kau jeling dekat aku, ya. Berani kau. Abang! Bagi Lia getah air itu.” Suruh Natashalia. Nalmond memberi getah air itu kepada Natashalia. Natashalia menghalakan getah air itu kepada Darris lalu menembak air itu ke arah Darris.





   “Darris! Natashalia hentikan! Lemaslah dia!” Rania yang sedang berbual dengan Adam terkejut apabila ternampak Darris ditembak dengan air. Rania mengegarkan pagar sangkar itu supaya Natashalia hentikan.


   “Oi perempuan. Kau jangan bising boleh tak? Jangan sampai aku tembak kau dengan air tu pulak.” Kata Nalmond.


   “Puas hati aku! Tu lah jangan berani sangat dengan aku.” Kata Natashalia sambil tergelak jahat apabila melihat Darris basah kuyup. Natashalia dan Nalmond terus beredar dari situ.


   “Darris, are you okay? Darris...” Menangis Rania melihat Darris sebegitu rupa. Darris hanya mengangkat tangannya menandakan yang dia okey.

Waktu Malam...

   Pelan seterusnya akan dilakukan pada malam ini. Petang tadi, Rania cuba berbaik-baik dengan seekor gorilla yang sangat ganas, akhirnya gorilla itu berkawan dengan Rania dan Adam. Pada mulanya, beruk-beruk yang lain tidak suka pada Rania dan Adam kerana mereka sangkakan Rania dan Adam ialah orang jahat seperti Natashalia, Nalmond dan Nazell.


   Beruk-beruk itu masih bermain di tempat khas permainan mereka manakala Rania dan Adam hanya duduk di bawah pokok sambil berbincang tentang rancangan mereka. Darris bergayut di atas pokok manakala Caesar bermain dengan daun pokok.


   “Masuk sangkar! Cepat!” Suara lantang Natashalia sudah kedengaran walaupun jauh.


   Beruk-beruk yang lain mula bergerak masuk ke dalam sangkar-sangkar mereka kecuali Caesar. Kesabaran Natashalia sudah hilang kerana Caesar membuat tidak tahu saja apabila dia menyuruh Caesar masuk ke dalam sangkar lalu dia menyuruh abangnya memaksa Caesar masuk ke dalam sangkar dengan menggunakan kekasaran.






   “Oi! Masuk dalam sangkar sekarang! Kau nak aku buat jahat dekat kau ke, hah?!! Masuk! Korang masuk!” Jerit Nalmond. Caesar masih tidak mendengar arahan. Rania dan Adam teragak-agak mahu masuk ke dalam sangkar.


   “Oh! Kau nak main kasar dengan aku, ya? Ambil ni!” Ketawa Nalmond.



 
“Caesar!” Jerit Adam dan Rania apabila Caesar terkena alat renjatan elektrik. Caesar menahan sakit apabila terkena renjatan elektrik itu. Beruk-beruk yang lain sudah bising dan marah apabila melihat Nalmond menyakiti Caesar.

   “Nalmond! Sudahlah!” Adam berhadapan dengan Nalmond lalu Nalmond menumbuk pada mukanya. Adam terjatuh. 

   “Kau masuk! Cepat!” Lagi sekali alat renjatan itu terkena kepada Caesar tetapi Caesar sempat menahan tangan Nalmond.







    “Kau... kau lepas tangan aku sekarang! Jijik aku! Adik... kau ambil getah air tu, tembak dekat beruk ni!” Jerit Nalmond menyuruh Natashalia.


 



   “No!!!” Caesar menjerit lalu menyebut perkataan “NO” membuatkan Adam dan Rania terkejut. Eksperimen itu sudah berkesan. Rania berlari mendapatkan Adam.


   “No... no!!!” Darris pula yang bercakap. Caesar menumbuk muka Nalmond lalu Nalmond rebah. Darris menarik Nalmond dan meletakkannya ke dalam sangkar. Natashalia terkaku apabila benda ini berlaku di hadapannya. Rania dan Adam hanya mengikuti rancangan Caesar dan Darris. Darris memberi Rania segulung tali supaya dia mengikat Natashalia.


   Sedang Rania mengikat Natashalia, Nalmond yang berada di dalam sangkar tadi keluar lalu menolak Rania sehingga Rania kepalanya terhantuk pada besi sangkar itu. Rania pengsan.


   “Rania!” Adam terus menerpa ke arah Rania. Kepala Rania berlumuran dengan darah.


   “Darris, take care of Rania.” Darris terus pergi ke arah Rania dan memangkunya. Kesabaran Adam sudah hilang, dia terus membelasah Nalmond. Natashalia cuba menghalang Adam tetapi dirinya ditolak oleh Adam sehingga termasuk ke dalam sangkar.


   “Rania...” Darris memegang lembut kepala Rania yang berlumuran darah itu. Darris mengambil kain lalu mengelap darah di kepala Rania. Rania masih tidak sedarkan diri.
 



No comments:

Post a Comment