Tuesday, 25 November 2014

Rania and The Great Apes : Part 10



   Adam mengangkat Rania yang masih pengsan. Mereka sudah terkeluar dari bangunan itu. Natashalia dan Nalmond sudah dikurung oleh Adam di dalam sangkar. 

   Sedang Adam memandu kereta untuk ke jambatan San Francisco, telefon bimbit Rania berdering tetapi Adam abaikan saja. Beruk-beruk itu sudah menuju ke jambatan San Francisco. 

   “Adam...” Rania tersedar, Adam memegang tangan Rania.

   “Rania, kepala awak berdarah tu. Tadi awak terhantuk. Rehatlah. Kita akan menuju ke Taman Redwoods. Pelan awak selama ni.” Adam mengusap rambut Rania, Rania berkerut.

   “Adam... kita belum ambil barang lagi di rumah saya. Saya nak jumpa ayah saya.” Rania menyuruh Adam membawanya balik ke rumah.

Evengeline’s House.

   “Adam, cepat.” Rania berlari masuk ke dalam rumah dia.

   Sebaik sahaja Rania masuk ke rumah, Rania ternampak bapanya sedang baring di atas sofa. Rania menjerit apabila ternampak banyak darah di atas lantai.

   “Daddy...” Rania mendekati Eden.

   “Rania... pergi... pergi jauh... mereka cari kamu...” Kata Eden tersekat-sekat. Rupa-rupanya Eden telah ditembak oleh pegawai perlindungan haiwan. Rania menangis lalu memeluk Eden.

   “Maafkan Rania, daddy. Ni semua salah Rania. Rania mementingkan diri sendiri. “ Teresak-esak Rania menangis.

   “Bukan sayang... bukan salah Rania. Salah daddy. Tak apa, Rania. Daddy nak Rania gembira bersama Darris. Selepas ni, Rania jaga diri baik-baik, ya sayang? Adam kamu tolong jaga anak pak cik ni, ya. Janji?” Adam berjanji dengan Eden.

   “Cepat, pergi ambil barang-barang kamu. Nanti mereka dapat tahu kamu dekat sini. Mereka tangkap kamu nanti. Cepat...” Rania mengucup dahi bapanya buat kali terakhir. Eden memejam mata kerana menahan sakit.

   “Rania, cepat... Kita ambil barang penting saja.” Adam memasuk kesemua barang-barang keperluan mereka, begitu juga dengan Rania.

   “Adam, kita bawa daddy sekali. Tolong. Saya tak boleh nak tinggalkannya keseorangan.” Adam mengangguk lalu memapah Eden masuk ke dalam kereta.

   “Rania... kenapa tak tinggalkan daddy je? Daddy dah tak kuat.” Rania 
memangku bapanya lalu merawat luka bapanya. Adam terus menghidupkan enjen dan terus pergi dari situ.

   “Daddy jangan banyak cakap. Daddy rehat saja, Rania dah rawat luka daddy.” Rania meletakkan peluru yang penuh dengan darah itu ke dalam plastik. 

   “Rania... tengok tu. Mereka semua di atas jambatan. Habis semua yang ada di atas jambatan tu meletup, mereka berlawan dengan polis.” Adam menunjuk ke arah jambatan itu.

   “Adam, awak berhentikan saya dekat sini. Awak bawa daddy pergi ke sana dulu. Nanti saya akan menyusul dengan mereka.” Adam akur.

San Francisco Bridge.

   Rania berlari sekuat hatinya untuk sampai ke atas jambatan itu. Rania mencari-cari kelibat Darris dan Caesar tetapi tidak jumpa. Rania terus berlari pergi ke arah berdekatan dengan beruk-beruk yang sedang mengamuk itu. Tiba-tiba, seekor gorila menghalang Rania. Rania terjatuh.

   “Zeo, this is me, Rania.” Rania mengusap wajah Zeo. Zeo mengangguk lalu menyuruh Rania naik di atas belakangnya. Zeo membawa Rania berjumpa dengan Darris dan Caesar yang sedang mengetuai pergaduhan ini.

   “Darris, we need to go now. Not need to kill anyone anymore... forever. We will stay at better place. Remember our plan.” Rania mengajak Darris beredar dari jambatan itu dan terus pergi ke Taman Redwoods, iaitu tempat kegemaran Rania dan Darris semasa kecil. Darris mengangguk lalu memanggil kesemua kawan-kawannya untuk pergi ke sana.


Taman Redwoods .
 

   Semua beruk-beruk bergayut dari pokok ke pokok sehingga mereka sampai ke Taman Redwoods. Adam dan Eden menunggu kedatangan Rania dan beruk-beruk yang lain.

   “Rania, you did it! Our plan is success.” Adam memeluk Rania sebaik sahaja Rania sampai bersama dengan beruk-beruk yang lain.

   ‘No. We did it!” Rania membalas peluk Adam.

   “I’m proud of you, Rania. I’m so sorry about that day. I make you upset.” Rania terus memeluk erat bapanya sambil menitiskan air mata. Tiba-tiba Darris dan Caesar berdiri di hadapan mereka. 

   “Darris... I love you. We did it, Darris.” Rania dan Darris berpeluk antara satu sama lain begitu juga dengan Adam dan Caesar. 

   “Rania janji yang Rania akan bersama dengan Darris dan yang lain-lain sehingga akhir hayat Rania.” Janji Rania.

   “Adam promise too...” Kata Adam.

   “And daddy will always protect you all. I hope your mummy will proud of me, Rania.” Senyum Eden. 

   “Rania. You, our part of family and you, Princess of The Apes Family.” Kata Darris.

   “Adam. You, our Prince of The Apes Family.” Kata Caesar pula. Rania dan Adam tersenyum riang. Rania dan Adam berjanji akan menjaga spesies beruk-beruk yang ada ini. Mereka takkan biarkan beruk-beruk ini pupus disebabkan kepentingan manusia jahat.