Saturday 31 May 2014

The Unexpected War : Part 4



             "Daddy, maafkan Luna, daddy. Luna dah terlambat nak selamatkan bahan eksperimen tu daripada merebak. Maafkan Luna..." Terhinjut-hinjut bahu Luna menangis sambil memeluk erat bingkai gambar daddynya. Luna rasa bersalah kerana terlambat mahu menyelamatkan eksperimen tersebut.



TOK TOK TOK...


              "Luna... kenapa Luna menangis ni? Ada yang tak kena ke, Luna?" Mariessa duduk di sebelah Luna. 

              "Risa, Luna jahat! Luna tak tunaikan permintaan terakhir daddy! Luna memang kejam! Luna anak yang tak guna... Luna lambat selamatkan bahan-bahan eksperimen daddy yang tak jadi tu. Sekarang virus dah merebak seluruh dunia..." Mariessa terkejut mendengar apa yang Luna katakan sebentar tadi.

              "Hah! Virus tu daripada bahan Neiko?" Mariessa seperti tidak percaya.

              "Ya... tapi sebenarnya eksperimen itu sebenarnya hampir jadi tapi ada satu cecair termasuk ke dalam eksperimen  daddy tu... eksperimen tu jadi rosak." Luna mengesat air matanya yang berjuraian itu. Tiba-tiba Luna dan Mariessa terdengar bunyi tembakan di luar kawasan Pusat Latihan Askar.

              "Kenapa tu!?" Mariessa dan Luna berlari keluar dan melihat apa yang terjadi.



---------------------------------------------------------


              "Masuk masuk! Semua masuk dalam bangunan... nanti virus makhluk ni merebak! Masuk!" Kedengaran suara Nike dan Tom menjerit-jerit menyuruh semua askar masuk ke dalam bangunan untuk mengelak daripada virus bahaya itu.

             "Nike, Tom kenapa ni? Asal terjerit-jerit?" Mariessa sudah siap memegang senjatanya.

            "Ada 5 makhluk itu di luar, Risa. Kami takut virus makhluk tu merebak ke kita. Jadi, kita kena pakai "mask". Luna, nah "mask". Pakai..." Tom memberi topeng muka itu kepada Luna. Luna hanya mengangguk lalu memakainya.

           "Luna mari kita masuk ke dalam." Tianna menarik Luna masuk ke dalam bilik mereka.

           "Ana, saya rasa makhluk tu zombilah. Zombi yang macam dalam televisyen kita tengok tu... awak ingat tak? Itukan cerita kegemaran kita." Luna memeluk bantal kecilnya sambil memikir.

           "Saya baru nak cakap dengan awak. Saya pun rasa macam tu. Bukan zombi tu tak wujud ke? Tapi kenapa makhluk yang dekat depan tu sebiji macam zombi yang kita tengok dalam televisyen tu." Tianna sudah tergaru-garu kepala kerana memikirkan makhluk-makhluk tersebut.

           "Awak ingat tak macam mana jadinya zombi tu? Zombi tu terjadi sebab saintis makmal tu tersalah masuk bahan ke dalam eksperimennya kemudian dengan tak sengaja salah seorang pembantu saintis tu terlanggar bikar eksperimennya lalu pecah dan cecair tu tertumpah. Dari situlah agaknya virus dari eksperimen itu merebak." Panjang lebar Luna menceritakan kepada Tianna. Tianna tidak habis-habis menggangguk seperti burung berlatuk.

         "Betul juga cakap awak,Luna. Awak ingat tak macam mana kita nak "survive" kalau ada makhluk-makhluk macam tu? Sebenarnya saya takutlah, Luna. Ayah saya tak habis-habis suruh kita duduk dalam bangunan ni untuk mengelak daripada virus tu..." Muka Tianna kelihatan takut.

         "Ingat. Awak ikut saya malam ni. Saya akan kejutkan awak tau. Sekarang mari kita tidur, badan saya lemahlah." Luna sudah memejamkan matanya manakala Tianna tidur sambil memeluk Luna kerana ketakutan. Malam itu mereka tidur dalam ketakutan, Tianna asyik terjaga-jaga apabila mendengar bunyi-bunyi aneh.

         Tepat jam 1 pagi, Luna mengejut Tianna lalu mereka pergi ke bilik yang penuh dengan senjata dan alat-alat yang lain. Mereka juga membawa tiga buah beg galas untuk diisi senjata dan keperluan yang lain.

         "Luna, kita nak ambil senjata yang mana, ni? Terlalu banyaklah. Awak tahu ke yang mana satu yang bagus?" Tianna membelek-belek senjata-senjata yang ada di dalam bilik tersebut seperti membelek baju pula. Pelbagai jenis senjata ada di dalam bilik itu membuatkan Luna dan Tianna juling mata.

         "Kita ambil yang saya tahu saja. Saya ambil senjata, awak ambil pelurunya. Ya? Selepas itu kita pergi ke dapur dan farmasi untuk ambil barang yang lain." Dengan perlahan-lahan, mereka mengambil senjata-senjata tersebut seperti pencuri mahu mencuri barang-barang kemas. 

          "Ok..." Setelah selesai mengambil kesemua senjata yang diperlukan, mereka menuju ke dapur dan farmasi mengambil barang keperluan mereka.























 

No comments:

Post a Comment