Thursday 29 May 2014

The Unexpected War : Part 2


               "Ana, cepatlah. Nanti kita terlambat." Luna menarik tangan Tianna pergi menuju ke Pusat Latihan Askar.

              "Baiklah...baiklah." Tianna mengikut Luna.


Di Pusat Latihan Askar...

              Luna dan Tianna masuk ke dalam pusat latihan askar tersebut. Ramai askar sedang berlatih berkawad kaki dan ada yang berlatih menembak. Luna teringin mahu menembak dan cita-cita Luna juga mahu menjadi seorang askar tetapi daddynya menyuruh dia menggantikannya menjadi seorang saintis. Luna suka dalam dua bidang. Satu bidang sains dan juga bidang pertahanan. Kadang-kadang menjadi keliru mahu memilih cita-citanya.

             "Alamak Luna, askar tu macam datang ke arah kitalah. Dia nak marah kita ke?" Tianna nampak kalut manakala Luna hanya berlagak tenang sahaja. 

              "Eh, budak-budak kenapa masuk ke sini? Tahukan tempat ni bahaya, ada senjata..." Muka askar itu sungguh bengis, terus kecut perut Luna dan Tianna. Luna memandang tanda nama askar tersebut, namanya Sergeant Nike Caleswood.

              "Maafkan kami, Sir Nike. Saya dan kawan saya ni sekolah di Soldier International Washington School. Jadi, kami sahaja mahu melawat pusat ini. Maafkan kami sekali lagi." Luna menundukkan mukanya kerana rasa bersalah.

             "Hmm.. macam mana awak boleh dapat sekolah di situ? Sekolah itu hanya orang yang betul-betul terpilih saja." Sergeant Nike itu masih bercekak pinggang.

             "Bapa saya seorang saintis, namanya Neiko Mellson. Dia juga selalu datang ke pusat ini untuk memberi bahan eksperimennya. Kawan saya bapanya seorang askar di sini." Luna tergetar-getar menjawab soalan Sergeant Nike itu.

            "Ohh.. marilah ikut saya. Maaflah saya berkasar kepada kamu berdua tadi." Nike menepuk-nepuk bahu Luna sambil tersenyum. Luna lega melihat senyuman Nike. 

            Petang itu, Luna diajar bagaimana mahu menembak musuh bersama Nike dan kawan-kawannya. Luna berasa sangat seronok. Dia mula rapat dengan askar-askar di situ. Tepat jam 3 petang, Luna sampai ke makmal daddynya. Luna mencari-cari daddynya di makmal, tetapi daddynya tiada di situ. Tiba-tiba seorang rakan daddynya memberitahunya bahawa daddynya di bawa ke hospital kerana sakit secara tiba-tiba. Luna bergegas ke hospital tersebut.

           "Nurse, ada tak pesakit bernama Neiko Mellson? Saya anaknya." Luna sudah tidak tentu arah. Dia risau akan daddynya.

           "Ada. Dia berada di wad 3112."

           "Terima kasih,Nurse." Luna berlari selaju harimau bintang. Nampak sahaja nombor wad 3112, Luna terus masuk dan memeluk daddynya yang sedang minum air.

            "Luna, how do you know I'm here?" Neiko memeluk erat Luna yang sedang menangis teresak-esak.

            "Kawan daddy beritahu. Daddy sakit apa? Tell me,dad." Neiko menggelengkan kepalanya.

            "Daddy cuma penat sangat sahaja. Tiada sakit yang kronik pun." Neiko terpaksa membohongi Luna. Dia tak mahu Luna bersedih kerana penyakitnya yang semakin teruk. Tetapi kebohongannya tidak bertahan lama kerana seorang doktor masuk ke dalam wadnya.

            "Mr.Mellson, kami harus membedah awak sekarang kerana penyakit awak semakin teruk. Jantung awak semakin lemah kerana ketumbuhan itu. Kalau dibedah sekarang, ia akan beransur pulih." Neiko hanya memandang Luna yang dari tadi membuat reaksi terkejut.

           "Daddy cakap daddy cuma penat sangat. Tapi doktor ni cakap daddy ada ketumbuhan dekat jantung. Apa ni, daddy? Why you lie to me!" Luna menangis teresak-esak, Neiko mahu memeluk Luna tetapi ditepis oleh Luna. Neiko menyuruh doktor meninggalkan mereka seketika.

            "Luna, daddy minta maaf, ya sayang. Daddy sayang Luna...." Belum sempat Neiko menghabiskan percakapannya, Luna sudah memotong percakapannya.

            "Kalau daddy sayang, daddy tak tipu Luna!" Tangisan Luna begitu kuat. Neiko semakin serba salah kerana menipu Luna.

             "Daddy mahu tinggalkan Luna,kan? Kenapa daddy tak buat pembedahan? Daddy nak Luna tinggal sorang-sorang?" Neiko memeluk erat Luna. Neiko tak bermaksud mahu meninggalkan Luna.

             "Daddy tak ada niat nak buat macam tu, sayang. Luna penyakit daddy ni sebenarnya dah tak boleh dirawat. Sekiranya dibedah peratusan hidup daddy hanya 50-50. Doktor cakap daddy hanya ada masa 6 hari untuk hidup. Jadi, daddy mahu meluangkan masa hanya bersama Luna. Luna fahamkan sayang?" Luna memandang muka pucat Neiko.

             "6 hari? 6 hari?" Neiko hanya mengangguk lemah.

             "Habis, daddy nak tinggalkan Luna, lah? 6 hari saja daddy? Baik Luna bunuh diri sekali mati dengan daddy!" Luna terpekik sudah seperti orang gila.

PANGG...

                Jangan buat daddy macam ni, Luna. Luna... daddy sayang Luna lebih dari segalanya. Daddy sayang Luna sepertimana daddy sayang Sherry, mummy Luna! Daddy tak mahu beritahu penyakit daddy sebab daddy mahu Luna selalu gembira.  Luna sudah berusia 16 tahun,kan sayang? Luna sudah besar. Luna dah pandai berdikari sendiri. Sekiranya daddy sudah tiada, daddy sudah minta tolong mak cik Mariessa menjaga kamu.Maafkan daddy, Luna. Daddy tampar pipi kamu. Daddy dan mummy selalu ada di sisi Luna cuma Luna tidak dapat melihat pada mata Luna. Luna mahukan meluangkan masa bersama daddy?" Luna sudah menangis berbaldi-baldi. Luna menggangguk lalu memeluk erat daddynya. 






















 

No comments:

Post a Comment