Saturday 31 May 2014

The Unexpected War : Part 5


 [ Bunyi tembakan tanpa henti di hadapan kawasan Pusat Latihan Askar ]

           "Luna, semakin lama semakin banyak makhluk itu datang ke tempat kita,ni... saya takut, Luna. Saya tak pernah terjangka pun pekara semua ini akan terjadi." Luna memeluk rakan baiknya itu. Tianna sudah menitiskan air matanya kerana tidak pernah jadi pekara yang sebegini.

          "Jangan takutlah,kawan. Kita kena kuat, macam awak cakap pada saya. Awak cakap saya ni tabah dan kuat, jadi awak kenalah tabah dan kuat macam saya. Betul kan? Mari kita pergi dekat Risa." Luna menarik tangan Tianna lalu pergi ke arah Risa yang sedang sibuk mengisikan peluru kedalam senapangnya.

           "Risa, nak dua pistol dan pelurunya..." Dengan selamba Luna meminta senjata kepada Risa. Risa membulatkan matanya lalu menggelengkan kepalanya.

          "Tak boleh. Senjata ni bahaya. Ingat senjata ni mainan ke? Lagipun kamu berdua belum pandai menembak dengan betul. Silap hari nanti ada orang cedera." Luna mencebikkan mulutnya kerana Risa tak percayakan kepada dirinya.

          "Alah Risa ni, dalam darurat macam ni kita kena lindungi diri. Takut-takut apa-apa terjadi macam mana? Bolehlah. Kami dah pandailah tembak-tembak ni. Kita dah expert kan, Ana?" Tianna mengangguk dengan bersungguh-sungguh. Mariessa mengeluh lalu mengambil dua pistol dan pelurunya. Luna dan Tianna tersenyum suka.

         "Terima kasih Risa kerana percayakan kami. Sayang Risa!" Luna memeluk Risa, Risa membalas pelukkan Luna dengan erat sekali. Dia mempunyai amanah besar daripada Neiko untuk menjaga Luna dengan penuh kasih sayang.

        "Ana, awak pergi dengan Risa, ya? Saya mahu pergi dekat Nike,Tom dan Ben." Tianna mengangguk.



---------------------------------------------------------------------


           "Nike, siapa ni? Kenapa dia berdarah-darah? Dia kena gigit ke?" Luna melihat Nike mengendong seorang remaja perempuan yang berkelumuran darah. 

           "Tak tahulah. Aku jumpa dia dekat depan ni tadi. Darah sahaja banyak tapi satu gigitan pun tiada di bahagian badan atau kakinya." Luna memeriksa perempuan tersebut. Benar kata Nike tiada satu gigitan pun ada pada badan perempuan itu. Cuma luka-luka teruk, mungkin akibat terkena alatan tajam.

          "Sia...siapa awak? Tolong... jangan bunuh... saya..." Remaja perempuan tu tersedar dari pengsannya membuatkan Luna berasa terkejut.

          "Eh, eh... saya tak bunuh awak. Saya cuma nak tolong rawat luka-luka awak ni. Awak rehatlah. Luka-luka awak baru saja mahu kering. Nanti sakit... by the way, nama saya Luna Arrisa. Awak?" Luna cuba membuat menenangkan remaja perempuan tersebut.

          "Nama saya Elly...Ellysa Germany. Terima kasih kerana merawat saya. Saya luka teruk ni kerana saya terjatuh dalam gaung yang dalam. Saya lari daripada zombi-zombi yang mahu gigit saya." Remaja yang bernama Ellysa itu menangis teresak-esak. Luna memeluk Elly. 



--------------------------------------------------------------------------


            "Hai Elly, nama saya Tianna. Boleh saja panggil saya Ana." Pagi itu, Luna membawa Tianna berjumpa dengan kawan baharu mereka. Elly tersenyum comel. Walaupun mukanya berluka, dia tetap comel seperti Pororo. Hihihih...

            "Hai... awak berdua ni askar ke? Kenapa duduk di Pusat Latihan Askar ini?" Elly pelik kerana Luna dan Tianna seperti sudah biasa dengan senjata-senjata askar ini.

            "Dulu kami sekolah di Soldier International Washington School. Jadi, kami boleh melawat di Pusat Latihan Askar ini." Elly mengangguk faham.

            "Awak sudah berasa sihat, Elly? Kalau sudah, kami mahu membawa awak ke suatu tempat." Elly mengangguk sambil tersenyum. Luna merawatnya dengan begitu baik sekali sehinggakan badannya menjadi segar. Sebenarnya Luna mahir dalam bidang merawat kerana dia pelajari dari daddynya,Neiko.

           

--------------------------------------------------------------


              "Awak mahir dalam senjata yang mana, Elly?" Mereka masuk ke dalam bilik senjata itu kerana mahu memberi senjata kepada Elly supaya mereka dapat melawan makhluk-makhluk tersebut.

              "Saya tembak-menembak saya kurang mahirlah. Kalau ini, bolehlah sikit-sikit saya pandai." Elly mengambil alatan memanah. Luna dan Tianna mengangguk tanda setuju untuk Elly mengambil alat memanah itu.

             "Mari ke bilik kami. Mulai hari ni kita menjadi sahabat baik, boleh?" Luna, Tianna dan Elly tersenyum dan mereka menjadi sahabat baik!

No comments:

Post a Comment