Saturday 14 June 2014

The Unexpected War : Part 10


           "Penatnya, bila kita nak sampai terminal ni? Kaki Anna nak patah dah. Luna..." Sepanjang perjalanan, Tianna merungut kerana kaki sudah melecet. Sudah 4 jam mereka berjalan tetapi masih tidak dapat menjumpai terminal tersebut.

           "Tu...tu! Kita dah sampai terminal. Cepat-cepat!" Mereka berlari masuk ke dalam terminal itu. Tiba-tiba...

           "Freeze! Berhenti di situ! Kamu semua siapa yang berhak masuk ke terminal ini!" Semua askar-askar di dalam terminal itu sudah mengacukan senjata-senjata mereka ke arah mereka. Rania mula menangis, itu membuatkan hati Luna runsing. Luna memberi Rania kepada Tianna supaya Tianna memujuk Rania. Tiba-tiba Ben bersuara.

            "Kami semua perlukan pertolongan anda semua! Kami ada bayi yang perlukan rawatan dan makanan. Tolong kami! Buat pengetahuan kamu semua, kami berempat askar." Terang Ben.

            "Dua orang tolong periksa tubuh badan mereka sekirannya ada gigitan-gigitan makhluk itu!" Seorang lelaki memberi arahan, mungkin lelaki itu ketua di terminal ini.

            "Tiada sebarang gigitan,tuan. Kami sudah periksa sebanyak 5 kali. Semuanya baik-baik sahaja." Askar itu memberitahu Ketuanya.

            "Hmm. Baiklah. Mari masuk ke dalam." Ketua Askar itu menjemput mereka masuk ke dalam.

           "Kamu bertiga ini sila ikut Mrs. Stella, manakala yang empat orang askar ini sila ikut saya." Ketua Askar itu mula bersuara.

           

--------------------------------------

Bilik Rawatan

              "Nama saya Mrs.Stella. Nama awak semua?" Luna memberi Rania kepada Mrs. Stella untuk memeriksa kesihatan Rania.
  
              "Nama saya Luna, ini Tianna,Ellysa dan baby ini Rania." Luna memberikan senyuman kepada Mrs.Stella yang sedang memeriksa Rania menggunakan stetoskop.

              "Rania sihat saja. Comelnya... siapa ibunya?" Mrs.Stella mengendong Rania lalu memberikan satu ciuman kepada Rania. Rania menangis lalu Mrs.Stella memberi Rania kepada Luna. Rania terus senyap di dalam pangkuan Luna.

             "Ibunya dah meninggal dunia. Kamilah yang menjaganya sekarang. Mrs. Stella boleh kami pergi ke bilik? Kami tidak selesalah." Dengan sopan, Luna meminta tolong Mrs.Stella menunjukkan bilik untuk mereka.

            "Mari ikut saya." Mereka pun menaiki tangga ke tingkat atas.


---------------------------------------------


Bilik A16
               "Ini bilik untuk kalian semua. Awak semua bolehlah beristirehat dahulu. Nanti saya akan mintakan wakil untuk panggilkan kalian." Luna mengangguk lalu Mrs.Stella beredar menuruni anak tangga.
               "Selesanya tilam ni... empuk... lama dah tak baring atas tilam empuk macam ni... saya nak tidur sekejaplah. Awak dengan Elly... jagalah Rania dulu. Malam ni turn saya jaga." Luna dan Ellysa tercengang, Tianna pula sudah memejamkan matanya.
              "Besar juga bilik ni,ya. Katil pun ada 3 buah. Seorang satu. Tapikan Nike,Tom,Ben dan Risa mana? Lamanya mereka, ataupun mereka dah masuk ke bilik masing-masing?" Ellysa duduk di sebelah Tianna yang sudah diulit mimpi sambil mendodoi Rania yang sudah pun tidur lena dipangkuannya.
             "Mungkin. Elly beri saya 15 minit,ya. Saya mahu mandi sekejap." Ellysa mengangguk lalu Luna mencapai tuala yang sudah tersedia ada disangkut di ampaian tuala.
---------------------------------------------
Dewan Khas High Skie.
              "Saya mengucapkan Selamat Datang kepada ahli-ahli baru. Maaf mengenai petang tadi kerana kami berkasar dengan anda semua. Kami takut virus itu akan berjangkit kepada kami. Terminal ini selamat dan terlindung dari virus. Saya menjemput Professor Zico Mellson untuk memberi pas untuk kamu semua supaya senang dikenali seperti kami yang memakai pas ini.
               "Zico Mellson? Itu macam nama kembar daddy. Maknanya itu pak cik aku." Luna bermonolog dalam hatinya. Apabila Zico tampil ke hadapan, Luna tersenyum sehingga ke telinga kerana dia masih mempunyai keluarga yang terdekat dengannya. Zico Mellson adalah kembar daddynya yang bekerja sebagai saintis di Rusia. Memang jauh dan jarang berjumpa.
              "Pak cik!" Luna berlari ke arah Zico iaitu pak ciknya.
              "Luna? Luna ke tu?" Zico memeluk erat tubuh Luna. Dia tidak sangka akan berjumpa dengan anak saudaranya. Dia hanya mendapat tahu abangnya sudah meninggal dunia akibat barah tetapi dia tidak tahu apa-apa tentang ke mana Luna pergi.
             "Pak cik... Luna rindu pak cik..." Air mata Luna sudah berjurai-juraian. Dia juga memeluk erat tubuh badan Zico.
             "Akhirnya, Pak cik jumpa Luna. Syukurlah Luna selamat. Pak cik akan jaga Luna macam anak pak cik sendiri. Kalau tidak berat hati panggilah pak cik, daddy untuk mengurangkan rasa rindu dekat Neiko. Luna mengangguk laju. Semua yang berada di dalam dewan itu tersenyum gembira.


-------------------------------------


              "Luna ini isteri dan anak daddy. Aunty Melina. George." Melina memeluk Luna kerana mulai hari itu, Luna akan menjadi anaknya. George pula hanya berjabat tangan dengan Luna. George berasa malu apabila melihat wajah Luna. Pipi Luna pun sudah kemerah-merahan.


              "Daddy, ini kawan-kawan Luna. Ellysa. Tianna. Nike. Tom. Ben. Dan Marriesa, adik daddy." Terus Marriesa memeluk abangnya. Marriesa selalu dimanjakan oleh Zico. Agak lama juga mereka berpeluk kerana sudah 3 tahun tidak berjumpa.

             "Luna, siapa yang comel molek ni?" Melina ternampak Ellysa mengendong Rania yang matanya besar membulat. Melina terus mengambil Rania dari tangan Ellysa.

            "Ini Rania, mummy. Ibu kandungnya sudah meninggal dunia semasa melahirkan dia. Rania ini dikira adik paling kecil kami." Luna tersenyum melihat wajah Rania.

            "Honey, Kita ambil Rania sebagai anak angkat kita juga,ney. Kasihan dia. Kecil lagi. Dia kena dapatkan kasih sayang. Boleh ya,ney?" Tanpa berbincang, Zico mengangguk setuju.

TIBA - TIBA...
             "Zico! Ada banyak zombi dengan depan pagar terminal ni! Ada zombi dah masuk dalam terminal ini. Kita kena tutup terminal ni takut ada yang dapat masuk!" Seorang lelaki berbaju askar memberitahu Zico bahawa zombi-zombi sudah memecah masuk terminal ini.
            "Cepat-cepat tembak! Jangan sampai merebak virus! Cepat! Cepat! Mel, awak bawa anak-anak masuk dalam bilik kita,sekarang! Jangan sesiapa keluar! Tunggu sampai saya datang." Zico sepantas kilat berlari mendapatkan senjata.
             Kami terpisah dalam beberapa jam. Agak lama kami tunggu di dalam bilik besar mummy dan daddy. Setelah 3 jam kami tunggu, seseorang mengetuk pintu bilik tersebut. Aku teragak-agak mahu membuka pintu itu. Setelah Nike dan Ben menarik tangan aku. 
            "Luna...Luna... Tom...Tom... kena gigit! Sekarang dia dah nazak!" Luna sangat terkejut dengan berita yang diberikan oleh Nike dan Ben. Cepat-cepat Luna menarik tangan Tianna dan Ellysa turun ke bawah. Ada beberapa orang yang sudah terkena gigitan. Zico menghampiri Luna lalu memberi topeng muka kepada Luna,Tianna dan Ellysa.
            "Tom... sabar Tom... tarik nafas perlahan-lahan." Nafas Tom tersekat-sekat. Luna ternampak ada titisan air di mata Tom. Luna memeluk Tom buat kali terakhir. Luna sangat sayang kepada Tom. Tom juga sahabat baiknya yang selalu suka bergurau-senda.
             "Tom, ingat ya Tom. Luna sayang sangat dekat Tom. Tom rehatlah,ya." Luna terpaksa pergi kerana dia tidak boleh lama-lama di situ.
Pichu...
           Askar itu sudah pun menembak Tom. Mereka akan menembak sesiapa yang sudah terkena gigitan. Luna menangis di dalam pelukan Zico. Luna menangis teresak-esak. Ramai orang dia sayang meninggalkannya. Dia pasti Tom akan aman ditembak daripada jadi makhluk itu.
                 Zico pun membawa Luna masuk ke dalam biliknya. Semakin hari semakin banyak zombi di dunia. Mereka yang tinggal di terminal terselamat. Luna dan kawan-kawannya semakin meningkat dewasa. Rania juga sudah berusia 4 tahun. Mereka akan berterus berlawan dengan zombi-zombi itu.
T . A . M . A . T
Nantikan kisah seterusnya The Unexpected War akan datang...
Terima kasih kerana mengikuti cerita kisah ini.
^____^ 
   
                

 



























Friday 13 June 2014

The Unexpected War : Part 9


            Setelah mereka letak kesemua barang dan beg mereka, mereka semua rebah di atas rumput. Luna, Tianna dan Ellysa sedang merawat wanita itu. Nama wanita itu Maliyka, dipendekkan dengan memanggil Liy. Berusia 38 tahun. Kandungannya pula sudah berusia 7 bulan. Kaki kanannya patah teruk.

           "Mak cik jangan menangis, nanti lagi sakit. Jangan menangis,ya. Kitaorang akan tolong mak cik. Mak cik baring di atas riba saya,ya. Esok kita kena bergerak lagi untuk pergi ke terminal itu. Tidur ya, makcik." Luna dengan baiknya, mengusap lembut rambut mak cik itu. Dengan kemahiran Tianna pula, dia memeriksa kandungan Liy.

          "Luna! Luna! Ada banyak zombi nak tuju ke sini!" Luna yang mahu saja melelapkan matanya, terkejut apabila Nike dan Tom kelihatan tergesa-gesa memberitahu zombi mahu tuju ke tempat mereka. Cepat-cepat Luna dan kawan-kawannya mengangkat beg mereka dan berlalu dari situ.


----------------------------------------------------


            "Luna! Luna! Ada darah pada kaki mak cik ni! Kita kena berhenti di sini!" Tianna sudah terjerit-jerit apabila melihat ada darah pada kaki mak cik itu. Mak cik itu kelihatan tidak bermaya, mukanya sangat pucat.

            Sampai di sepohon pokok, Liy dibaringkan di atas riba Nike manakala Tom, Ellysa dan Ben mengawasi mereka. Luna dan Tianna merawat mak cik itu. 

           "Luna, mak cik rasa mak cik nak melahirkan... perut mak cik sakit sangat..." Dengan suara yang lemah Liy memberitahu bahawa dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi, dia terpaksa meneran untuk melahirkan anaknya. Luna dan Tianna sudah bersedia untuk menyambut bayi Liy cuma mereka takut kerana bayi itu akan lahir tidak cukup bulan.



2 Jam Kemudian...


           "Luna..." Tianna menggeleng kepala ke arah Luna yang sedang mengendong bayi Liy. Bayi itu selamat dilahirkan. Bayi itu sihat walaupun tidak cukup bulan dan jantinanya perempuan. Tapi yang menyedihkan bayi perempuan itu kehilangan ibunya. Dia sudah menjadi anak yatim setelah dia dilahirkan. Liy meninggal dunia apabila sedang mengucup dahi dan pipi anak sulungnya itu. Liy meninggal dunia akibat pendarahan yang tak dapat dikawal dan disebabkan menahan kesakitan pada kakinya yang patah itu.

          "Kasihan baby ni, mak dia dah meninggal dunia..." Tianna sudah menitiskan air mata sambil melihat wajah comel bayi itu yang sedang tidur lena di dalam pangkuan Luna.

          "Aku pun tak sangka... tak apalah... kita bersama-sama jaga baby ni. Kita kena cari supermarket untuk ambil barang-barang baby ni. Mana Nike dengan Ben?" Luna menggalas begnya begitu juga dengan Tianna.

         "Tu, tengah tanam mayat mak cik tu. Sebak aku tengok, Luna..." Luna menepuk lembut bahu Tianna. Dia juga sedih kerana mak cik itu meninggal dunia kerana tidak dapat rawatan yang segera dari hospital. Bagaimana mahu ke hospital? Semua tempat sudah huru-hara kerana zombi itu.

        "Luna, kami dah tanam. Marilah kita sambung perjalanan kita. Lagipun kita kena cari barang-barang untuk baby ni dekat supermarket. Jomlah." Mereka semua menyambung perjalanan mereka untuk ke supermarket.


------------------------------------------------------------------



     Di High Skie Mall.

           "Luna! Tu ada supermarket besar! Jom!" Mereka semua bergegas ke pasar raya yang tertulis   HIGH SKIE MALL.

           "Tom, Nike dan Ben tolong tengok-tengok tempat ni selamat tak? Cepat sikit, ya. Takut Rania menangis sebab lapar." Rania adalah bayi perempuan tadi. Luna, Tianna, Marriesa dan Ellysa meletakkan nama bayi itu Rania. Luna dan kawan-kawannya berjanji akan menjaga Rania bersama-sama.

            Tepat jam 9.00 malam, mereka semua berteduh di HIGH SKIE MALL itu di tingkat satu bahagian barangan bayi. Luna meminta tolong Nike, Tom dan Ben untuk menjaga Rania yang sedang lena tidur kerana mereka mahu mencari pakaian, makanan dan juga ubat-ubatan. Pakaian mereka habis lencun akibat peluh yang banyak berjuraian.

            "Nike, awak dengan Tom dan Ben jaga Rania sekejap,ya. Kami nak tukar pakaian kami." Nike mengangguk. 

             Luna, Tianna, Marriesa dan Ellysa pergi menuju ke kedai yang menjual baju untuk kaum perempuan. Akhirnya sampai di tingkat 2, mereka tiba di sebuah kedai baju yang baju-bajunya cantik-cantik dan sesuai untuk remaja seperti mereka. Mereka masuk dan terus mengambil baju untuk ditukar. Mereka juga mengambil dua helai baju dimasukkan ke dalam beg yang mereka bawa untuk ditukar pada bila-bila masa nanti. Tidak sampai 15 minit, mereka sudah siap memakai pakaian baru mereka.


Luna : Baju t-shirt berkolar,berlengan panjang dan berwarna hitam + seluar jeans berwarna hitam kelabu + kasut but berwarna biru frozen.

Tianna : Baju t-shirt bergambar (Gambar teddy bear) berlengan pendek, warna ungu + sweater berwarna hitam + seluar fit paras bawah lutut berwarna ungu pekat + kasut sport berwarna putih. 

Ellysa : Singlet berwarna kelabu + jaket jeans berwarna biru pekat + seluar jeans hitam + kasut sport warna pink ber"polkadot".

Marriesa : Baju t-shirt fit warna coklat + seluar jeans paras atas lutut warna biru pekat + kasut sport bercorak askar.


              "Jom, cepat sikit. Kita nak kena cari makanan dengan ubat-ubat lagi. Eh! Baju untuk Nike, Tom dengan Ben tak ambil lagi." Mereka tergesa-gesa turun ke tingkat satu untuk mengambil baju untuk jejaka Nike, Tom dan Ben. Setelah sudah mengambil pakaian lelaki, mereka pergi bahagian makanan dan memasukkan makanan-makanan ke dalam beg-beg mereka dan juga ubat-ubatan.


--------------------------------------------------


                "Nah, baju untuk korang. Cepat tukar, kita nikmati maggi yang dimasak oleh Anna! Hehehe..." Mereka menikmati maggi yang pelbagai perisa. Perisa kari. Ayam. Soto. Tomyam.

                "Dah susukan Rania? Tidurkan dia. Kita pula nak tidur. Mengantuk ni..." Setelah Luna menyusukan Rania, Luna meletakkan semula Rania ke dalam baby cot  yang ada di dalam kedai barangan bayi itu. Semua sudah tidur. Esok mereka akan sambung perjalanan mereka ke terminal Pekan High Skie.

Thursday 12 June 2014

The Unexpected War : Part 8

            
               "Luna, Luna awak okey? Awak rehatlah dulu. Kita sekarang dekat tengah-tengah hutan ni." Ben yang begitu khuatirkan Luna lalu membaringkan Luna di atas ribanya. Ben amat menyayangi Luna. Terdapat sepasang mata yang cemburu melihat Luna dibaringkan di atas riba Ben. Nike merenung Ben dengan perasaan yang tidak puas hati. 

               "Luna, mari baring di atas riba Nike. Selesa sikit. Mari..." Nike memegang Luna tetapi Ben menolak tangan Nike dengan sedikit kasar.

                "Biar jelah. Dia tak kisah pun. Kau pahal nak ubah-ubah? Blah lah!" Ben sekali lagi menolak Nike ke tepi. Nike membara melihat Ben mengusap lembut rambut Luna sehingga Luna terlena di atas ribanya.


-----------------------------------------------------



                "Luna awak dah okey?" Pagi itu, Tianna orang pertama yang bangun awal kerana takut zombi-zombi akan datang menyerang mereka. Luna juga semakin pulih. 

                "Okey dah. Jomlah kita gerak. Nanti lama-lama takut zombi tu datang. Nahas kita!" Luna dengan pantasnya bangun lalu mengambil begnya dan terus berlalu. 

                "Luna kenapa awak tercegat di sini?" Nike pelik kerana tiba-tiba Luna berhenti setempat dan merenung sesuatu.

                "Cuba Nike baca ni... ada terminal yang terselamat dekat hujung Pekan High Skie. Kita boleh pergi ke sana." Luna kelihatan gembira apabila masih ada lagi tempat yang terselamat.

                Sedang mereka berjalan dengan keadaan yang sangat penat, peluh berjurai-juraian. Tiba-tiba Ellysa mencuit Luna kerana dia terdengar suara seorang wanita meminta pertolongan. Luna menyuruh kawan-kawannya berhenti dan pergi mengikut arah suara itu.

                "Luna, entah-entah zombi saja perangkap kita tak?" Tom menarik-narik tangan Luna agar tidak jadi mengikut arah suara itu.

              "Ish! Awak ni Tom. Mana ada zombi pandai perangkap manusia. Dia tahu nak gigit orang je adalah... Hishh.." Tianna memukul bahu Tom kerana Tom merepek bercakap begitu. Luna hanya tersenyum.

              "Eh! Luna tu orangnya. Kasihannya... kakinya berdarah-darah. Kena gigitkah?" Ellysa dan Luna terus menerpa wanita yang sarat hamil itu. Kaki wanita itu patah kerana dihempap batu besar.

             "Anak... tolong mak cik, nak. Sumpah, nak! Mak cik tak kena gigit pun... kaki mak cik patah kerana dihempap batu. Tolong mak cik, nak." Ellysa memeriksa kesemua bahagian badan wanita itu manakala Luna dan Tianna mengeluarkan kotak kit keselamatan. Nike, Ben dan Tom melindungi mereka daripada digigit oleh zombi.

           "Baiklah mak cik. Saya dah balut kaki mak cik. Sekarang saya minta mak cik bangun perlahan-lahan lalu pegang bahu saya,ya. Kita akan mencari tempat berteduh. Perlahan-lahan, ya mak cik." Luna dan Ellysa mengangkat mak cik itu, lalu mak cik itu memegang bahu Luna.


          Mereka berjalan menuju ke Pekan High Skie yang jauhnya sejauh 3 kilometer. Hari pun sudah hampir senja, mereka sekali lagi terpaksa berehat di hutan yang tebal untuk mengelak daripada zombi.

Tuesday 3 June 2014

The Unexpected War : Part 7


         "Luna, zombi-zombi ni banyak dekat depan rumah kita ni... macam mana nak buat?" Tianna sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat banyak makhluk berada betul-betul di hadapan rumah yang mereka berteduh itu.

         "Elly, Risa mari ikut saya. Bawa senjata sekali." Luna sudah keluar dari rumah tersebut begitu juga dengan Elly dan Marriesa. Tembakan demi tembakan kedengaran... 

         "Kita kena keluar dari sini juga... banyak zombi ada dekat kawasan sana. Cepat, kemaskan barang." Tiba-tiba Luna, Elly dan Mariessa tergesa-gesa masuk ke dalam rumah dan memberitahu bahawa mereka harus keluar dari rumah tersebut.

        "Baiklah, baiklah..." Tianna cepat-cepat mengemas barang-barang mereka. Dalam beberapa minit kemudian, mereka keluar menyusuri hutan.

       Sampai sahaja di suatu tempat, terlindung dengan pelbagai jenis pokok hutan. Suasana sungguh nyaman tapi mereka masih berjaga-jaga,takut-takut makhluk-makhluk itu akan muncul bila-bila masa sahaja. Semua sudah bersiap-sedia dan sudah mengisi peluru ke dalam semua senjata mereka.

       "Semua dah ada senjata sendiri? Peluru semua cukup?" Mariessa selaku ketua dalam kumpulan mereka memastikan semuanya lengkap.

       "Yes. Semua dah lengkap." Luna membelek-belek senjatanya memastikan pelurunya cukup dan menyisip pisau di bahagian pinggangnya. Begitu juga dengan yang lain. Luka Ben dan Nike sudah semakin sembuh.


-----------------------------------------------------


         Hari semakin larut malam, kelihatan Mariessa,Tom,Tianna dan Ben sudah melelapkan matanya manakala Luna,Elly dan Nike masih berjaga. Mereka duduk disekeliling unggun-unggun api yang masih menyala. Sedang mereka khusyuk berbual-bual, tiba-tiba datang seorang lelaki yang dirinya penuh dengan lumpuh. Luna dan Elly sangat terkejut, Nike pula sudah mengacukan senjata Colt M16 tepat ke arah muka lelaki tersebut.

        "Jangan... jangan... aku manusia..." Lelaki itu mengangkat lemah kedua-dua tangannya. Luna menghalang menggunakan tangan supaya Nike tidak lagi mengacukan senjatanya ke arah lelaki itu.

        "Encik... marilah duduk di sini. Sekirannya encik cedera, saya boleh rawatkan..." Luna memegang bahu lelaki itu tetapi sepantas kilat lelaki itu menolak Luna sehinggakan Luna terjatuh ke tanah. Luna tergamam apabila melihat tangan lelaki itu mempunyai kuku besi yang sangat panjang dan tajam seperti pedang.

       "Nike, to...tolong Luna... Lelaki tu ada kuku besi yang tajam..." Luna mengundur ke belakang supaya lelaki itu tidak mencederakannya. Mariessa,Tianna,Ben dan Tom yang sedang tidur itu terbangun kerana terkejut apabila mendengar suara lelaki itu. Tianna dan Ellysa cepat-cepat pergi ke arah Luna dan menolong Luna.

       "Bertenang! Jangan cederakan kami! Kami hanya orang biasa bukannya zombi." Tom dan Ben menenangkan lelaki tersebut yang hanya menunggu masa untuk menyerang mereka. Luna sudah ada di dalam pelukan Nike. Luna sangat terkejut.

       "Aku nak anak aku, isteri aku! Mereka dah mati sebab zombi tu! Aku leka! Aku tak guna!" Lelaki itu menghentakkan kepalanya ke batu besar menyebabkan dahinya berdarah. Tom menahan lelaki itu daripada terus menghentak kepalanya.

       Setelah suasana reda, lelaki yang bernama Zack Jackson sudah kelihatan tenang. Lelaki itu sedang termenung di hadapan sebatang sungai. Luna teragak-agak mahu berjumpa dengan Zack. Luna berdiri betul-betul di belakangnya lalu Zack memandang ke arah Luna dengan wajahnya yang sungguh bengis kemudian dia bersuara,

       "Apa yang kau nak?" Luna terus kecut perut apabila lelaki itu menyergahnya, cepat-cepat Luna melangkah pergi tetapi langkah Luna terhenti apabila lelaki itu menarik tangannya.

       "Duduk sini, aku nak tanya." Luna dipaksa duduk di sebelah lelaki bengis itu. Buat pengetahuan pembaca, Luna mengelar lelaki itu "lelaki bengis" kerana mukanya tersangatlah bengis. Sekali tengok pasti kecut perut sehingga mahu pergi ke tandas berkali-kali. Bengis,kan?

       "Ya, apa?" Walaupun dilayan kasar sebegitu, Luna tetap bersuara lembut seperti biasa. Luna memang seorang yang lemah-lembut orangnya bukan lembut auw auw tu ya...

      "Aku nak senjata, ada lagi?" Zack merenung muka Luna kerana wajah Luna mirip anaknya yang bernama Faryna. Faryna yang baru berusia 13 tahun mati akibat digigit oleh ibunya, Ferinda kerana Ferinda dijangkiti virus tersebut. Tanpa disedari, Zack tidak sengaja menyentuh wajah mulus Luna kerana dia sangat merindui anak kesayangannya. Luna tergamam. 

      "A..ada.. nanti saya ambilkan." Cepat-cepat Luna berlari mendapatkan senjata lalu pergi ke arah Zack dan memberikan senjata api tersebut.

      "Terima kasih." Suara Zack kembali garau membuatkan bulu roma Luna meremang setinggi KLCC. 


        
---------------------------------------------------------


           Pagi itu, mereka menyeberangi sungai. Sungai itu terlalu dalam sehingga ke paras dada. Sedang mereka menyeberangi sungai menggunakan kayu yang sudah reput, tiba-tiba,

KRAKKK...

          Luna terjatuh ke dalam sungai itu, tangan Luna terkapai-kapai meminta pertolongan. Tanpa disuruh, Ben terus terjun ke dalam sungai tersebut lalu menyelamatkan Luna yang sudah hampir lemas. Setelah Ben dapat menyelamatkannya, Luna dibaringkan di atas tanah. Luna tersedak-sedak akibat tertelan banyak air. Tianna cepat-cepat menghulurkan air kepada Luna. Mereka terpaksa berhenti di tengah-tengah hutan kerana keadaan Luna yang tidak dijangka.


Sunday 1 June 2014

The Unexpected War : Part 6


          "Arghhh..."

         "Luna, bangun! Makhluk tu berjaya masuk dalam bangunan kita! Mereka semua dekat tingkat bawah sekali. Ramai askar sudah kena gigit. Saya takut Luna..." Luna terkejut apabila Tianna dan Ellysa menggoncang badannya seperti menggoncang susu bayi pula. Pening dibuatnya.

        "Mari, kita kena keluar dari sini. Kita keluar dari tingkap. Ambil beg-beg yang kita dah pack haritu, Anna. Cepat-cepat! Elly awak tolong ambil tali..." Mereka bertiga bergegas mengambil barang masing-masing. Mereka cepat-cepat turun menggunakan tali yang sudah dipasang oleh Elly.


PAPP...

           "Luna... kita mahu pergi ke arah mana? Kita dah berpisah dengan Risa, Nike, Tom dan Ben. Macam mana ni?" Tianna sudah menggeletar satu badan. Mata Luna mencari arah yang sesuai untuk mereka tuju dengan selamat.

          "Elly, Anna mari ikut saya cepat..." Tianna dan Elly mengikut jejak langkah Luna yang menuju ke bandar kecil.

           "Awak pasti, Luna?" Elly mula bersuara sekian lama mendiamkan diri. Sebenarnya keadaannya masih belum sihat sepenuhnya. Luka-lukanya masih sakit.

          "Saya rasa... Mari kita tuju ke rumah yang kosong tu.." Luna menunjuk ke arah rumah yang sudah bersepah-sepah akibat kerja makhluk-makhluk tersebut.


Banggg...

           "Ish! Awak ni Anna tutuplah pintu itu perlahan-lahan, nanti zombi tu dengar..." Secara automatik Luna memukul bahu Tianna. Tianna meminta maaf kerana menutup pintu dengan kuat. Ellysa terus duduk di atas sofa kerana badan-badannya sangat sakit.

           "Elly awak okey? Luka awak sakit semula,ya? Awak duduk dulu. Saya dan Tianna mahu periksa rumah ni dan menutupnya dengan rapat." Luna menggosok bahu Ellysa dengan lembut. Ellysa hanya menggangguk lemah.

           Luna dan Tianna pergi ke tingkat atas untuk memeriksa bilik-bilik yang ada di rumah tersebut. Setelah beberapa minit mereka periksa, semuanya selamat dan tiada makhluk itu. Kemudian mereka menutup semua pintu dan tingkap supaya makhluk itu tidak dapat masuk.

          "Elly, mari baring disini. Saya sapukan ubat supaya reda sedikit. Anna tolong ambilkan air suam. Perlahan-lahan tau..." Tianna mengangguk lalu mengambil segelas air suam kemudian beri kepada Luna.

  

-------------------------------------------------------------


            Malam itu mereka tidur di bahagian ruang tamu. Mereka tidur dengan begitu nyenyak kerana kepenatan. Tepat jam 11 pagi, Luna orang pertama bangun dan dia membiarkan kawan-kawannya diulit mimpi. Luna menjenguk ke luar tingkap di ruang tamu. Dia terdengar bunyi tembakan dekat-dekat di kawasan rumah tersebut.

            Luna ternampak empat orang berbaju askar sedang menembak ke arah makhluk-makhluk tersebut. Luna amat mengenali mereka, dia menggosok-gosok matanya. Ternyata betul! Empat orang askar itu adalah Nike, Tom, Ben dan Marriesa. Luna cepat-cepat membuka pintu pagar yang sudah terkunci lalu menjerit ke arah Nike, Tom, Ben dan Marriesa. 

           Jeritan Luna membuatkan Tianna dan Ellysa sangat terkejut. Setelah Nike, Tom, Ben dan Marriesa masuk ke dalam rumah itu, Luna memeluk erat Marriesa kerana dia takut kehilangan Marriesa kerana Marriesa satu-satunya keluargannya sekarang.

          "Luna... Nike dan Ben cedera. Luka mereka agak teruk juga. Mereka terjatuh masa zombi-zombi tu mahu gigit mereka. Hampir sahaja... nasib dapat diselamatkan..." Luna melihat muka Nike dan Ben menahan kesakitan. Cepat-cepat Luna mengambil kotak kit keselamatan yang dibawa oleh Tianna.

         "Nike, Ben mari baring di sini. Luna mahu rawat luka korang..." Dengan perlahan-lahan Luna memapah Nike manakala Marriesa memapah Ben. Setelah dirawat, Luna menyuruh mereka tidur supaya luka mereka berkurangan begitu juga dengan Marriesa dan Tom.