Tuesday 3 June 2014

The Unexpected War : Part 7


         "Luna, zombi-zombi ni banyak dekat depan rumah kita ni... macam mana nak buat?" Tianna sudah seperti cacing kepanasan apabila melihat banyak makhluk berada betul-betul di hadapan rumah yang mereka berteduh itu.

         "Elly, Risa mari ikut saya. Bawa senjata sekali." Luna sudah keluar dari rumah tersebut begitu juga dengan Elly dan Marriesa. Tembakan demi tembakan kedengaran... 

         "Kita kena keluar dari sini juga... banyak zombi ada dekat kawasan sana. Cepat, kemaskan barang." Tiba-tiba Luna, Elly dan Mariessa tergesa-gesa masuk ke dalam rumah dan memberitahu bahawa mereka harus keluar dari rumah tersebut.

        "Baiklah, baiklah..." Tianna cepat-cepat mengemas barang-barang mereka. Dalam beberapa minit kemudian, mereka keluar menyusuri hutan.

       Sampai sahaja di suatu tempat, terlindung dengan pelbagai jenis pokok hutan. Suasana sungguh nyaman tapi mereka masih berjaga-jaga,takut-takut makhluk-makhluk itu akan muncul bila-bila masa sahaja. Semua sudah bersiap-sedia dan sudah mengisi peluru ke dalam semua senjata mereka.

       "Semua dah ada senjata sendiri? Peluru semua cukup?" Mariessa selaku ketua dalam kumpulan mereka memastikan semuanya lengkap.

       "Yes. Semua dah lengkap." Luna membelek-belek senjatanya memastikan pelurunya cukup dan menyisip pisau di bahagian pinggangnya. Begitu juga dengan yang lain. Luka Ben dan Nike sudah semakin sembuh.


-----------------------------------------------------


         Hari semakin larut malam, kelihatan Mariessa,Tom,Tianna dan Ben sudah melelapkan matanya manakala Luna,Elly dan Nike masih berjaga. Mereka duduk disekeliling unggun-unggun api yang masih menyala. Sedang mereka khusyuk berbual-bual, tiba-tiba datang seorang lelaki yang dirinya penuh dengan lumpuh. Luna dan Elly sangat terkejut, Nike pula sudah mengacukan senjata Colt M16 tepat ke arah muka lelaki tersebut.

        "Jangan... jangan... aku manusia..." Lelaki itu mengangkat lemah kedua-dua tangannya. Luna menghalang menggunakan tangan supaya Nike tidak lagi mengacukan senjatanya ke arah lelaki itu.

        "Encik... marilah duduk di sini. Sekirannya encik cedera, saya boleh rawatkan..." Luna memegang bahu lelaki itu tetapi sepantas kilat lelaki itu menolak Luna sehinggakan Luna terjatuh ke tanah. Luna tergamam apabila melihat tangan lelaki itu mempunyai kuku besi yang sangat panjang dan tajam seperti pedang.

       "Nike, to...tolong Luna... Lelaki tu ada kuku besi yang tajam..." Luna mengundur ke belakang supaya lelaki itu tidak mencederakannya. Mariessa,Tianna,Ben dan Tom yang sedang tidur itu terbangun kerana terkejut apabila mendengar suara lelaki itu. Tianna dan Ellysa cepat-cepat pergi ke arah Luna dan menolong Luna.

       "Bertenang! Jangan cederakan kami! Kami hanya orang biasa bukannya zombi." Tom dan Ben menenangkan lelaki tersebut yang hanya menunggu masa untuk menyerang mereka. Luna sudah ada di dalam pelukan Nike. Luna sangat terkejut.

       "Aku nak anak aku, isteri aku! Mereka dah mati sebab zombi tu! Aku leka! Aku tak guna!" Lelaki itu menghentakkan kepalanya ke batu besar menyebabkan dahinya berdarah. Tom menahan lelaki itu daripada terus menghentak kepalanya.

       Setelah suasana reda, lelaki yang bernama Zack Jackson sudah kelihatan tenang. Lelaki itu sedang termenung di hadapan sebatang sungai. Luna teragak-agak mahu berjumpa dengan Zack. Luna berdiri betul-betul di belakangnya lalu Zack memandang ke arah Luna dengan wajahnya yang sungguh bengis kemudian dia bersuara,

       "Apa yang kau nak?" Luna terus kecut perut apabila lelaki itu menyergahnya, cepat-cepat Luna melangkah pergi tetapi langkah Luna terhenti apabila lelaki itu menarik tangannya.

       "Duduk sini, aku nak tanya." Luna dipaksa duduk di sebelah lelaki bengis itu. Buat pengetahuan pembaca, Luna mengelar lelaki itu "lelaki bengis" kerana mukanya tersangatlah bengis. Sekali tengok pasti kecut perut sehingga mahu pergi ke tandas berkali-kali. Bengis,kan?

       "Ya, apa?" Walaupun dilayan kasar sebegitu, Luna tetap bersuara lembut seperti biasa. Luna memang seorang yang lemah-lembut orangnya bukan lembut auw auw tu ya...

      "Aku nak senjata, ada lagi?" Zack merenung muka Luna kerana wajah Luna mirip anaknya yang bernama Faryna. Faryna yang baru berusia 13 tahun mati akibat digigit oleh ibunya, Ferinda kerana Ferinda dijangkiti virus tersebut. Tanpa disedari, Zack tidak sengaja menyentuh wajah mulus Luna kerana dia sangat merindui anak kesayangannya. Luna tergamam. 

      "A..ada.. nanti saya ambilkan." Cepat-cepat Luna berlari mendapatkan senjata lalu pergi ke arah Zack dan memberikan senjata api tersebut.

      "Terima kasih." Suara Zack kembali garau membuatkan bulu roma Luna meremang setinggi KLCC. 


        
---------------------------------------------------------


           Pagi itu, mereka menyeberangi sungai. Sungai itu terlalu dalam sehingga ke paras dada. Sedang mereka menyeberangi sungai menggunakan kayu yang sudah reput, tiba-tiba,

KRAKKK...

          Luna terjatuh ke dalam sungai itu, tangan Luna terkapai-kapai meminta pertolongan. Tanpa disuruh, Ben terus terjun ke dalam sungai tersebut lalu menyelamatkan Luna yang sudah hampir lemas. Setelah Ben dapat menyelamatkannya, Luna dibaringkan di atas tanah. Luna tersedak-sedak akibat tertelan banyak air. Tianna cepat-cepat menghulurkan air kepada Luna. Mereka terpaksa berhenti di tengah-tengah hutan kerana keadaan Luna yang tidak dijangka.


No comments:

Post a Comment