Sunday 1 June 2014

The Unexpected War : Part 6


          "Arghhh..."

         "Luna, bangun! Makhluk tu berjaya masuk dalam bangunan kita! Mereka semua dekat tingkat bawah sekali. Ramai askar sudah kena gigit. Saya takut Luna..." Luna terkejut apabila Tianna dan Ellysa menggoncang badannya seperti menggoncang susu bayi pula. Pening dibuatnya.

        "Mari, kita kena keluar dari sini. Kita keluar dari tingkap. Ambil beg-beg yang kita dah pack haritu, Anna. Cepat-cepat! Elly awak tolong ambil tali..." Mereka bertiga bergegas mengambil barang masing-masing. Mereka cepat-cepat turun menggunakan tali yang sudah dipasang oleh Elly.


PAPP...

           "Luna... kita mahu pergi ke arah mana? Kita dah berpisah dengan Risa, Nike, Tom dan Ben. Macam mana ni?" Tianna sudah menggeletar satu badan. Mata Luna mencari arah yang sesuai untuk mereka tuju dengan selamat.

          "Elly, Anna mari ikut saya cepat..." Tianna dan Elly mengikut jejak langkah Luna yang menuju ke bandar kecil.

           "Awak pasti, Luna?" Elly mula bersuara sekian lama mendiamkan diri. Sebenarnya keadaannya masih belum sihat sepenuhnya. Luka-lukanya masih sakit.

          "Saya rasa... Mari kita tuju ke rumah yang kosong tu.." Luna menunjuk ke arah rumah yang sudah bersepah-sepah akibat kerja makhluk-makhluk tersebut.


Banggg...

           "Ish! Awak ni Anna tutuplah pintu itu perlahan-lahan, nanti zombi tu dengar..." Secara automatik Luna memukul bahu Tianna. Tianna meminta maaf kerana menutup pintu dengan kuat. Ellysa terus duduk di atas sofa kerana badan-badannya sangat sakit.

           "Elly awak okey? Luka awak sakit semula,ya? Awak duduk dulu. Saya dan Tianna mahu periksa rumah ni dan menutupnya dengan rapat." Luna menggosok bahu Ellysa dengan lembut. Ellysa hanya menggangguk lemah.

           Luna dan Tianna pergi ke tingkat atas untuk memeriksa bilik-bilik yang ada di rumah tersebut. Setelah beberapa minit mereka periksa, semuanya selamat dan tiada makhluk itu. Kemudian mereka menutup semua pintu dan tingkap supaya makhluk itu tidak dapat masuk.

          "Elly, mari baring disini. Saya sapukan ubat supaya reda sedikit. Anna tolong ambilkan air suam. Perlahan-lahan tau..." Tianna mengangguk lalu mengambil segelas air suam kemudian beri kepada Luna.

  

-------------------------------------------------------------


            Malam itu mereka tidur di bahagian ruang tamu. Mereka tidur dengan begitu nyenyak kerana kepenatan. Tepat jam 11 pagi, Luna orang pertama bangun dan dia membiarkan kawan-kawannya diulit mimpi. Luna menjenguk ke luar tingkap di ruang tamu. Dia terdengar bunyi tembakan dekat-dekat di kawasan rumah tersebut.

            Luna ternampak empat orang berbaju askar sedang menembak ke arah makhluk-makhluk tersebut. Luna amat mengenali mereka, dia menggosok-gosok matanya. Ternyata betul! Empat orang askar itu adalah Nike, Tom, Ben dan Marriesa. Luna cepat-cepat membuka pintu pagar yang sudah terkunci lalu menjerit ke arah Nike, Tom, Ben dan Marriesa. 

           Jeritan Luna membuatkan Tianna dan Ellysa sangat terkejut. Setelah Nike, Tom, Ben dan Marriesa masuk ke dalam rumah itu, Luna memeluk erat Marriesa kerana dia takut kehilangan Marriesa kerana Marriesa satu-satunya keluargannya sekarang.

          "Luna... Nike dan Ben cedera. Luka mereka agak teruk juga. Mereka terjatuh masa zombi-zombi tu mahu gigit mereka. Hampir sahaja... nasib dapat diselamatkan..." Luna melihat muka Nike dan Ben menahan kesakitan. Cepat-cepat Luna mengambil kotak kit keselamatan yang dibawa oleh Tianna.

         "Nike, Ben mari baring di sini. Luna mahu rawat luka korang..." Dengan perlahan-lahan Luna memapah Nike manakala Marriesa memapah Ben. Setelah dirawat, Luna menyuruh mereka tidur supaya luka mereka berkurangan begitu juga dengan Marriesa dan Tom.

 

No comments:

Post a Comment