Friday 22 November 2013

Luna : The Last Generation - Chapter 10


[Luna berdiri di berandar sambil termenung melihat matahari terbenam lalu dia berbisik]
Walaupun aku ni anak kepada keturunan Perllin,aku tetap dilayan baik seperti anak mereka sendiri.
Sekarang,ayahku iaitu Raja Erick sudah sembuh daripada penyakitnya.Dia sudah mula memerintah semula sebagai Raja Utama di negeri Zsolt.
Aael dan Sophie tetap menjadi sahabat setiaku xD
Thor pula semakin lama semakin rapat denganku.(Khabar angin dia couple dengan Aael :P)
Laufey pula sudah sembuh daripada kecederaannya.Sekarang ini dia masih dikurung dipenjara bawah tanah.Setiap malam,aku akan menjenguknya untuk memberi makan dan minum.
Ha! Sekarang aku sudah mula rapat dengannya tetapi aku masih belum sedia untuk memanggilnya ayah.
Loki?
Loki sekarang makin rapat dan manja denganku.Hehehe! Suka sangat! Tapi rindu dengan muka dia yang bengis masa mula-mula jumpa dulu tu...
Aku gembira sangat dengan semua perubahan ini.


2 tahun kemudian...

      "Yes! Akhirnya ada juga A dalam keputusan aku ni! Kau? Kau?" Aael mengurut dadanya.Aku juga mendapat markah yang outstanding! Mama dengan papa mesti gembira.

      "Oi! Sophie kau dah cari rumah baharu untuk kita tak? Kau dah survey dekat internet?" Aael bertanya kepada Sophie tentang rumah baharu.Semalaman kami berbincang untuk mencari rumah baharu kerana rumah yang kami tinggal sekarang ni sudah ada pembeli.Jadi,kami memilih untuk tinggal dekat dengan tempat kerja kami.

     "Dah! Harga rumah tu 100,000 ribu dollars.So,apa macam? Nak? Ni gambarnya aku print semalam.Jenis rumah teres mewah." Sophie memberi sekeping gambar rumah tersebut yang dicetaknya semalam.

     "Fuhlamak!" Itu sahaja reaksi Aael melihat gambar tersebut.

     "Fuhlamak carta sinar ke? Hahaha.Oklah tu beb.Duit nanti kita bahagi-bahagikan.Ok?" Aku memberi semula gambar tersebut kepada Sophie.Sophie dan Aael mengangguk.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

      "Papa,kami dah balik! Hello! Anybody!" Pelik.Tiada siapa dirumah.Selalunya waktu-waktu macam ni papa dan mama sentiasa ada di rumah.

      "Luna,ni ada note." Sophie memberi aku note tersebut.Tertulis di note itu:

Papa hantar mama kamu ke hospital.Mama kamu tak berapa sihat.Asyik termuntah-muntah.Katanya mual.Papa dekat Hospital McMarinea.

       "Mama kau mengandung ke Luna? Lain macam je aku baca note tu." Aael bersuara.

       "Hehehe.Rasanya.Jom teman aku pergi hospital." Aku menarik lengan Sophie dan Aael.

Di hospital...

        "Mama! Mama ok? Muka mama pucat sangat.Mama sakit apa?" Aku terus mendapatkan mama yang terkulai lemah di atas kerusi roda.Aku terus memeluk mama,mama membalas lemah pelukanku.Aku melihat papa tersenyum simpul.

        "Hehehe.Mama disahkan hamil 2 minggu.Doktor suruh mama berehat." Aku menolak kerusi roda mama hingga di depan kereta.Lalu aku memapah mama masuk ke dalam badan kereta.Aael dan Sophie yang menunggu di luar hospital tadi turut masuk ke dalam badan kereta.

Malam itu...

          "Hari ni biar aku masak dengan Sophie,kau jaga mak kau ok? Kau nak aku masak apa?" Aku lihat Aael seperti Chef terkenal sudah.Siap memakai topi chef untuk menyiapkan makan malam.Aku dan Sophie tergelak.

          "Aku nak kau masak makanan kegemaran aku.Tahu kan?" Aku mengenyitkan mataku kepada Aael.Aael membalas.

          Aku masuk ke dalam bilik mama sambil membawa besin dan tuala untuk mengelap badan mama yang berpeluh-peluh.Kelihatan mama tidur,kasihan aku melihatnya berpeluh-peluh.

          "Mama,Luna mahu lap-lap badan mama ya.Mama bangun sekejap boleh? Meh,Luna bangunkan." Aku membangunkan mama dengan perlahan-lahan.Tiba-tiba bunyi mama seperti mahu mengeluarkan isi perutnya.Cepat-cepat aku mengambil besin kosong itu lalu sua kepada mama.Mama terus muntah.Aku menggosok belakang mama dengan perlahan-lahan.

           "Sayang,mama tak larat sangat.Boleh mama nak peluk kamu?" Aku memeluk mama dengan erat.Badan mama mengigil dan sejuk.Aku mengambil tuala lalu membasahkan tuala tersebut dan mengelap badan mama.Aku melihat mama menangis kerana menahan sakitnya.Biasalah orang hamil ada yang teruk dan ada yang tidak.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

8 bulan kemudian...

            Mama sudah masuk ke wad bersalin.Berdebar-debar pula.Sudah sejam menunggu mama.Papa dari tadi tidak duduk diam.Aael dan Sophie turut ada di sebelahku.Tiba-tiba keluar seorang doktor yang bernama Dr.Fina tersenyum melihat kami.

            "Congratulation Nike! Your wife just given birth to twins.Girls." Papa terus berjabat tangan dengan Dr.Fina.Aku juga memeluk Dr.Fina.Sebenarnya Dr.Fina adalah kawan kepada papa.Aku,Aael dan Sophie mengikut papa masuk ke dalam wad.

            "Mama.Mama kita dapat twins! Perempuan! Luna suka sangat! Ala,comelnya!" Aku memeluk mama yang tersenyum melihatku lalu aku terus mengendong kedua-dua adikku.

            "Luna ada cadangan nak namakan adik-adik Luna?" Papa bertanya kepada aku sambil memegang tanganku.

            "Luna kau letak nama adik-adik kau sedap-sedap tau!" Aael mencubit lenganku.

            "Boleh makan ke kalau sedap-sedap?" Sophie berjenaka.Semua tergelak manakala Aael memuncungkan mulutnya.

            "Luna cadangkan kepada papa namanya...si kakak,Luna nak namakan Mikaela dan si adik, Miralla. Ok tak? " Aku mengangkat kening ke arah papa dan mama.

            "Mama suka sayang nama yang sayang cadangkan.Bagaimana dengan papa?" Mama memandang papa.Kelihatan papa mengangguk setuju dengan nama yang aku cadangkan sebentar tadi.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

           Kami bertiga berdiri di berandar rumah baharu kami.Tampak tenang saja apabila melihat air laut berombak perlahan.Kami bertiga memegang tangan.

            "Thor cakap,cerita kita belum habis.Ramai lagi musuh akan datang dekat negeri Zsolt.Ramai yang iri hati dengan negeri utama itu.Mereka semua mahu memerintah secara sendiri tak nak berkongsi.Jadi,kita kena jadi lebih kuat untuk berlawan semua tu." Aael memandang aku dan Sophie.

            "Betul cakap Aael itu Luna.Ramai musuh negeri itu.Sekarang kita pun dah berusia 18 tahun.Kita sudah boleh menguasai lebih kuasa kita itu." Aku mengiyakan lalu memeluk bahu Sophie dan Aael.Kami bertiga tersenyum.

            "Aku akan tunggu semua tu.Tak sabar rasanya nak menentang semua kejahatan.Kita kena lindungi negeri Zsolt!" High five!

            "Hahaha! Yeah!" Kami bertiga bergelak ketawa.Tiba-tiba kami terdengar Mikaela dan Miralla menangis.Kami bertiga berlari masuk ke dalam rumah.




---TAMAT---

No comments:

Post a Comment