Friday 15 November 2013

Luna : The Last Generation - Chapter 6


           Kami menikmati makan malam dengan penuh konsentrasi.Malam itu,mama memanggang ayam untuk dibuat makan malam.Papa pula tak habis-habis berceloteh bersama Thor.Siap memuji Thor lagi...handsomelah,baiklah dan macam-macam lagi.Kembanglah Thor itu.Dari tadi tak lekang senyuman daripada mulutnya.

          "Papa,mama hujung minggu ni Luna dan kawan-kawan dah plan nak bercuti.Boleh tak?" Aku mula memberitahu plan aku.Sebenarnya bukan pergi bercuti,pergi ke negeri Zsolt untuk menentang musuh!

          "Boleh sayang...Nanti call mama bila dah sampai,ya?" Aku tersenyum sehingga ke pipi.Hehehe!

           "Ok mama.Sayang mama!" Selesai makan malam bersama seisi keluarga.Aku dan Aael menolong mama membasuh pinggan.Thor dan Sophie berbual-bual bersama papa.Tepat jam 10 malam,kami berempat mula mahu memejamkan mata.Tiba-tiba aku,Sophie dan Aael terkejut lalu mencari bunyi apa yang mengejutkan itu? Aael,dengan tiba-tiba tergelak.Sophie menunjuk ke arah Thor yang sedang berdengkur kuat.Kami bertiga serentak ketawa.Memang kelakar!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

           "Thor,malam tadi kau berdengkur...Fuh! Dasyat! Bergegar bilik Luna." Aku dan Sophie ketawa terkekek-kekek.Thor mula buat muka terkejut.

          "Ye ke? Kuat sangat ke? Malunya..." Lagi kuat kami ketawa.Thor pula tersenyum simpul.Kasihan dia...kena gelak dengan kitaorang...

          "Luna...ada orang datang.Katanya,dia adik Thor." Terhenti gelak-ketawa kami apabila mama beritahu adik Thor datang.Siapa lagi kalau bukan,Loki!

          "Loki,what are you doing here?" Thor memaut bahu Loki.Dengan reaksi yang serius,Loki memandang aku.

          "Saja nak ikut korang.Tak boleh ke?" Loki mengenyit mata ke arah Thor.Dengan Thor jadi periang,bila nampak saja aku terus mukanya menjadi bengis.

          "Ooh..boleh-boleh" Sophie memegang tangan Loki.Jelesnya...

          Selesai meletakkan barang ke dalam kereta milik papa.Thor mula menghidupkan enjin kereta.Aael duduk di hadapan,manakala aku duduk di belakang bahagian tengah bersebelahan dengan Sophie dan Loki.Aku seperti patung apabila duduk di sebelah Loki.

          "Lepas kita pergi Funfair ni...kita baliklah eh." Aael menunjuk ke arah atas.Maksudnya balik ke negeri Zsolt.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Di World's FunFair.

           "Kita naik rollercoaster tu nak? Yang cowboy tu..." Aael menunjukkan ke arah salah satu rollercoaster yang bertemakan cowboy.Kami semua hanya mengikut jejak Aael.

           "Panjangnya barisan beratur..." Aku termangu apabila melihat barisan beratur untuk menaiki rollercoaster itu sangatlah panjang.Aael mula mencebik lalu dia berlalu begitu saja.Merajuklah tu...

           "Aael,janganlah merajuk.Jom kita pergi Water Park sana tu...Jom salin baju." Aku dan Sophie menarik-narik lengan Aael.Tiba-tiba Aael tergelak.

           "Oi! Gelilah.Jangan tarik-tarik lengan aku...Ish..." Aael menepis-nepis tangan aku dan Sophie.Kami pun berjalan seiring ke arah bilik persalinan.

Whushh...

            "Oi! Sakit mata aku,masuk air...jahatlah korang ni!" Aku menjerit apabila Aael dan Sophie menepuk air ke arah aku.Loki dan Thor pula relaks atas pelampung.Dengan kejamnya,aku dan Aael pergi ke arah mereka lalu menolak pelampung tersebut sehingga terbalik.Kami pura-pura mahu menolong Thor dan Loki tapi malangnya Loki dan Thor tiada disitu.Pelik!

            "Pah!" Thor dan Loki menolak kami.Aku dan Aael termasuk dalam air.Merah hidung kami.Sophie pula ketawa tak sudah-sudah dari tadi.Mulalah kami semua mengejar Sophie yang tak habis-habis gelakkan kami.Aku dan Loki mula mahu berkawan.Tetapi mukanya tetap serius.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

             "Luna...father is sick.He wants to meet you." Terkejut aku.Sampai sahaja di negeri Zsolt.Aku diberitahu oleh Ibu,Ayah sakit teruk.Aku terus berlari ke bilik Ayah.

              "Father,are you okay?" Aku terus memegang lembut tangan ayah.Ayah terbatuk-batuk kuat.Aku mengurut dadanya.

              "Luna...Laufey...wants to...get you...you have to..prepare.You have to kill him.He..is Zsolt's enemies.You...are...the..last..generation.You have to...protect...Zsolt from Laufey.I love you...my daughter..." Air mataku mengalir apabila mendengar ayah berkata-kata.Batuk ayah semakin kuat.Dia harus sihat untuk memerintah di negeri Zsolt ini.Dia raja utama! Aku harus melindungi negeri ini sehingga dia benar-benar sihat.

 


 

 





 

 

No comments:

Post a Comment