Monday 14 October 2013

Kami Budak Juvana: Bab 4

-Di dapur sekolah Indera Sakti-

Apek: Oit!
Botak: Kalau aku tersedak tadi macam mana?
          *baling hirisan bawang ke muka Apek*

Apek: Hehehe!
Bell: Oi! Membazir betullah korang ni tau! Aku tenyeh dengan cili ni kang.Bisu korang.
Ayam: Nah! Ambil ni Shazz!
          *baling tepung dekat muka Shazz*

Shazz: Ayam! Kau ni aku goreng ke panggang kang!?
Semua: Hahahaha!

Lan: Seronok ya? Berpesta bergembira.Tak ajak aku pun... 
Apek: Kami baru mula...Marilah ikut sama...
Lan: Seronoknya jadi budak-budak Wira Bakti.Macam mana nak daftar?
Ayam: Maaf.Kau terlambat sikit saja.Sekolah kami dah tutup.
Lan: Sayangnya.Aku baru nak masuk.Tapi tak apalah,kamu semua mahu tahu?
Bell/Shazz: Apa?!
Lan: Adik aku pernah masuk sana.
Apek: Adik kau?
Lan: Dia masuk sana sebab kes dadah.Biasalah.Mati terlebih dos.Seronok!
Panjang: Kau abang Fit? 
Lan: Sebenarnya aku tak kisah pun.Dia nak mati ke apa ke,aku tak kisah pun.Sebab aku tak berapa suka dia pun tapi bila aku dapat tahu budak-budak Wirabakti boleh tengok saja dia mati...itu yang aku fikir kalaulah aku jumpa budak-budak wirabakti nanti...

Panjang: Bukan macam tu,Lan...Aku kawan baik Fit.Masa tu...
Lan: Mula-mula aku merancang nak tengok saja kamu semua tapi dengarnya ada budak nak keluar ya?

Bell: Kau pahal ha? Tak puas hati dengan kitaorang?
Shazz: Entah.
Lan: Shh...Siapa nama dia?
Jamal: Tu.Nama dia Kicap.
Lan: Kamu dah macam kartun Smurf.Aku tak boleh rehat,aku kena kerja.
Apek: Lan dengar dulu...Fit kawan baik kami.Tak mungkin kami biarkan dia macam tu?
Lan: Tumpang lalu.
       *meletakkan tangannya di atas bahu Bell dan Shazz*

Shazz/Bell: Hish! Sanalah!
                 *menepis tangan Lan*

Lan: Wow...wow...marah...
       *bersiul memanggil gengnya*

-Budak-budak Indera Sakti bergaduh dengan budak-budak Wirabakti.Shazz dan Bell juga ikut serta.-

Botak: *belasah Lan To Dak*
Bell: *menendang Jamal*
Lain-lain: *belasah antara satu sama lain*
Botak: *curah minyak panas dekat Jamal*
Jamal: *menjerit kesakitan dan mengigil menahan sakit*
Shazz: Botak! Kenapa awak curah minyak panas dekat dia?
Botak: Biar dia mati!
Shazz: Botak! Sabar!
Bell/Shazz: Awak...
Jamal: Tolong...sakit...

Penjaga: Oi! Oi! Tunduk! Semua tunduk! Panggil pasukan perubatan!

xxxxxx

Penjaga II: Kau berdiri sini!  
Penjaga: Okey,aku bagi peluang sekali lagi.Aku nak tahu siapa mulakan dulu? Teruk kawan kamu kena tadi.Tak nak tolong dia? 

Apek/Botak/Ayam: *senyap*
Penjaga: Hah!!!
Apek/Botak/Ayam: *terkejut*
Penjaga: Kurung! 
Penjaga II: Berapa lama tuan?
Penjaga: Warden kata 2 minggu kita bagi 2 minggu.Cepat!

xxxxxx
-8 hari kemudian-

Bell: Tuan,kami datang nak melawat geng kami.
Penjaga II: Pergi cepat! 1 jam saja.

Shazz: Korang!
Apek: Shazz,Bell...
Bell: Nah,makanan.Aku bawa makanan senyap-senyap.Aku rasa dah 7 hari korang tak makan sebab kena kurung ni kan.

Botak: Hmm...
Ayam: Terima kasih sebab bawa makanan.
Bell: Sama-sama.
Apek: Shazz,Bell kau boleh tolong aku?
Shazz: Boleh,apa dia?
Apek: Tolong beritahu dekat mak aku yang aku kena...
         *percakapannya dipotong oleh Bell*

Bell: Apek...aku minta maaf.Dua hari lepas aku dengan Shazz ada jumpa dengan mak kau.Rancak kami berbual tapi semalam...

Apek: Semalam apa!?
Shazz: Sabar apek...
Bell: Adik kau cakap mak kau dah meninggal semalam.
Apek: Kau jangan main-main dengan aku!
         *mencekik leher Bell*

Botak: Apek!
Shazz: Betul apek.Kami tak tipu semalam adik kau cakap.Bertenang apek.Lepaskan Bell.
Botak: Tu semua salah Lan! Kita tak boleh diam diri,Apek.Selama ni kau kata kena jadi baik sebab Cikgu Zakiah cakap.Sekarang ni kau sekarang dah menderita!

Apek: *berlalu pergi*
Bell: Kesian Apek.Sedih aku tengok.Kalau Lan tu tak wujud mesti kita semua bahagia!
Shazz: Hmm...
          *sedih*

No comments:

Post a Comment