Monday 14 October 2013

Kami Budak Juvana: Bab 7

-2 Hari Kemudian-
-Di kantin-

Bell: Ah! Lapar...
Shazz: Samalah...

Ayam: Gemuk ,bagi lauk lebih sikit! Jangan kedekut.
Gemuk: *letak lauk*
Apek: *tenung Gemuk*

Hadi: Orang belakang kita ada kelas.Teruja adik-adik tengok.
Apek: *bengang*
Ayam: *baling pinggan Apek dekat Jon*
Hadi: *tergamam*
Botak: Sudahlah.Budak-budak.

Bell: Pahal korang ni! 
       *marah*

Shazz: Dah-dah.Jom makan.
          *tolak Botak dengan Apek*

xxxxxx

-Waktu malam di dewan-

Ketua Warden: Baiklah pelatih-pelatih sekarang,sila senyap.Hari ini kita dapat warden baru.Namanya Syafiea.Dia berasal dari Singapura.Pernah menjadi warden di sekolah Henry Gurney.

Bell: Wah!
Shazz: Sekolah popular tu...
Apek: Ergh...

Syafiea: Assalamualaikum semua.Salam perkenalan semua.Saya harap ramai yang ingin berkenalan dengan saya dengan lebih mendalam.

xxxxxx

-Di dalam Dorm Setia (Perempuan)-

Shah: Oi! Perempuan kau hari tu cabar aku kan?!
Bell: Eh! Budak ni.Tak reti bagi salam ke? Tak adab langsung! Biadap!
Shah: Hahaha! Biadap konon...macamlah kau tu ada adab sangat.Dua kali lima je...
         *tampar Bell*

Bell: Kurang asam!
        *tumbuk Shah*

Shah: Tu je kau boleh buat?
         *mengelap darah di tepi bibir*

Bell: Banyak lagi ni.Sabarlah.

Shah: *menumbuk dan menendang Bell*

Bell: *menepis tumbukan dan tendangan Shah*

Shah: *tersembam dan kakinya terpijak kaca*

Bell: *terkejut*

Shah: *meraung kesakitan dan mengigil*

Shazz: *datang dan terkejut melihat Shah dan Bell*
          Apa kau berdua buat ni! Shah kau kenapa?!
          *mendapatkan Shah*

Shah: Shazz,tolong aku.Kaki aku sakit sangat.Aku minta maaf...
         *menahan sakit*

Shazz: Bell,tolong aku.Papah Shah.Baringkan dia dekat katil dia.

Bell: *papah Shah dan membaringkan Shah atas katilnya*

Shazz: Kau tahan sikit ya Shah.Aku tarik kaca ni. 
          *menarik kaca di kaki Shah*

Shah: Shazz! Sakit! Perlahan-lahanlah!
         *meraung*

Bell: Ish.Banyak darah dekat kaca tu.Dalam sangat tu.Meh,aku jahitkan kakinya.Aku reti bab-bab jahit.

Shazz: Ok.

-Setelah Bell menjahit tapak kaki Shah-

Shah: Terima kasih korang...

Shazz: Tak apalah Shah.

Bell: Aku tengok korang berdua ni macam dah kenal lama je...

Shazz: Memang pun. Dia jiran rumah aku dulu.Dan dia juga kawan baik aku masa darjah 4..

Bell: Aik? Tapi kenapa sekarang ni korang bermusuhan?

Shah: Tu semua salah aku. Aku yang cemburu buta.

Bell: means?

Shah: Aku memang kawan baik Shazz.Masa tu aku selalu temankan dia pergi mana-mana.Suatu hari tu,Shazz dapat tempat pertama dan keputusan UPSR nya 5A,aku pula 3B 2D.Tak adil bagi aku.Tu sebab aku musuhkan dia.

Shazz: Kau cemburu sebab keputusan UPSR aku 5A? Sampai hati kau...aku ingatkan selama ni kau tak nak kawan dengan aku sebab aku abaikan kau.Tapi sebaliknya...
          *menangis dan berlalu pergi*

Shah: Shazz,aku minta maaf.
          *menarik tangan Shazz*

Shazz: *senyum dalam tangisan*

No comments:

Post a Comment